Blogger Backgrounds

Selasa, 10 Jun 2008

~Kalau Tuhan Dikenali~

video

Kalau tuhan,kita kenali,kasih syg dan perananNya,

Kalau tuhan kita fahami,keagungan dan kekuasaanNya,
Kalo tguhan kita rasakan,betapa dia sangat cintakan hambaNya
Kita akan sanggup berjuang sggup mati kerana nya,kita akan sanggup bekorbn apa saja kerananya,

kalo tuhan dikenali
cintailah Tuhan ,dia adalah sghalanya,korbankanla ape sahaja kerananya,
cintakan Tuhan,cinta paling mahal,cintakan selain Tuhan cinta muarahan..

Kalau Tuhan kita knali,dialah sglanye2,kalo Tuhan kita fahami,
Dialah pengurus seluruh kepelruan kita,
Kalaulah kita faham,tuhan ini siapa sbnarnya,
Kita akan sggp mnerima ujian kranaya,
Kita sgup wat apa saja demi cinta padanya

Kalau Tuhan dikenali
Kita akan sanggup mnrima ujian keranaNya,kita akan sggp menderita krananya.
Kalau Tuhan dikenali...
Cintailah tuhan dia adalah sglanya,korbankan ape sahaja keranaNya,
Cintakan tuhan,cinta yg abadi,cintakan selain tuhan cinta murahan

Isnin, 9 Jun 2008

Epilog Rindu

Prolog:
Bila bunga-bunga kelayuan berguguran…

Bagaikan pelangi selepas hujan reda
Indah berseri mewarnai alam
Beburung berterbangan riang berkicauan
Tiada lagi mendung semalam

Damainya di hati bila terpandang wajahmu
Manis senyuman menghulurkan salam
Lembut tutur bicara tersusun bahasa
Hapus sudah titis airmata

Kenangkan suka dan duka yang dilalui bersama
Indahnya kenangan yang pernah tercipta
Hindarkan persengketaan, jernihkan kekeruhan
Bara amarahmu jangan dinyalakan

Kasih dan sayang membentuk titian rindu
Menghubungkan hati yang lama terpisah
Mengeratkan lagi ukhuwah
Yang lama telah terbina
Bahagia dalam maghfirahNya
Oh… indahnya jalinan kasih sayang

Tidak sempurna iman, tidak bernama insan
Andai permusuhan dibiar berterusan
Leburkan keegoan, hulurkan kemaafan
Semoga sentosa dalam keredhaan

Epilog:
Tinggal duri-duri yang mencalar melukakan…

Ahad, 8 Jun 2008

Hati..

Masinnya Air laut tak mampu menyerap ke dalam isi Ikan, tapi bila ikan itu telah mati..secubit garam mampu memasinkannya.. Bagitulah hati, hati yang hidup sangat sukar dinodai.. tapi bila hati telah mati mudahnya dipengaruhi.. Moga Allah sentiasa memelihara hati kita.. Hati yang dipilih Allah untuk mendapat hidayahNya sudah tentu hati yang menyesali akan Dosa-Dosanya.

Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu.Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera. Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki. Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.