Blogger Backgrounds

Jumaat, 25 September 2009

Raya ku biasa2 aja..

Untuk kali pertama aku rasa raya di Mesir kali ni best.xtawla knpa..sbb mmg best kot..perasaan je..
Bangun pagi2 dihari raya..eh salah..tak tido pon di malam raya..sebuk wat kek..nth ape2 kek aku wat nth..tp jdik jgk alhmdulillah..nk tgok gmbo?malu ah nk tnjuk..rasanye sedap tp luarannye kelakar..haha..xreti aku nk wat topping2 cntik..nt masuk mulut hancur jgk..:-b

Da siap2 pakai baju raya..terus g tahan teksi,konon2 nk g solat raya di Arma..ade makan satey..tp sorg member ni confius nk g ke x..so..terus tukar arah jalan ke masjid musa..solat raya bersama pelajar2 malaysia yg lain..balik solat membuncitkan perut di rumah johor..minum je byak..xnk mkn byk2 tkt sakit perut.pastu terus balik umah tido..xdenye nk tggu tetamu datang,sbb tau raya pertama di mesir adalah tuk tidor..haha..
Raya kedua kami beraya di rumah Us.Hairol Nizam..umahnye nun jauh dihujung padang pasir.nyesal aku pakai baju kot..nk brgaya konon..tp da jdk mcm cacing dalam kepansan...kata member disitula tempat pengambaran filem ketika cinta bertasbih..haha..wat2 tau je tu..:-b jgn mare..
Raye ketiga aku beraya dirumah sendiri..ajak org datang.wat umh terbuka..tp trbuka pada org yg aku ajak je tu pon yg terlintas di otak...bajet kecik.hehe..ahli bait pon tggl sket..

Pada mulanya nk masak soto je..bersemangatla tanye tunang nk masak soto cmna..tye jgk pada mak..dah beli ayam..da beli barang2 utk masak soto..tp baru nk mula masak sup.baru perasan .rupanye xde rempah sup..bahan2 utk tumis pon xda..malam2 cmni maneda kedai bukak..lg2 tgh raya..mahu seminggu kedai tutup..tapi xpela..utk kli kedua aku masak rendang,sayur lodeh dan sambal kacang..alhamdulillah sumanye sedap2 dan habis dimakan,cuma setengah nasi empet aku lembik sgt2..takleh di mkn,jdik bubur..hehe..dan..maaf pada tetamu yg dtg lmbat..xdpt merasa rendang minang aku.:-b. len kali aku wat besar2an

Beberapa tetamu yg hadir


Bertakbir raya qobla
solat sunat raya aidilfitri..


Dalam kepenatan dan kengantukan dan kelepakkan..ptg nye pula kena g umh johor rabaah dan umah kl,,,ade la majlis makan2.sempat g umh jhor je,,tapi xbest sbb byk sgt merepek..huhu..yg best mkn kek je..:-b pada mulanya xmo pi. disebabkan ramai nk byar hutang voip..ku gagahkan diri yg smmngnye gagah ni pergi..

Jam 2 pagi kami ramai2 mnghantar sorg ahli bait ku ke mator pulang ke Malaysia..da xnk sambung belajar di Mesir lg dah.sedih juga sbb disiang hari kami beramai2 kumpul,suka2, mkn2 dan bual2..bile mlmnye pula die pergi..huhu.sampai2 je di mator xle masuk sbb kena beli tiket..tension tol..saje je org arab ni nk amik kesempatan..sblm ni masuk xpnh pon kena beli tiket..so tggu je kt luar dan lihat dari jauh Lokman masuk..dan tanpa kusangka die pergi tanpa bersalaman dengan kami..cover sedih la tu..huhu..ni suma salah org arab ! :-b

tu jela citer raya kali ni..


Sabtu, 19 September 2009

AllahuAkbar...

Bergemanya azan maghrib tdi,maka berakhirla Ramadhan yg di sayangi..tp xdengar pon azan magrib sbbnye kat dalam Hardee's..berbuka last puasa ngn kawan..Ya ALLAH sampaikan aku dibulan Ramadhan tahun depan dan seterusnya..amin..

Sepinya dimalam raya..nak balik Malaysia..!! ..xtaw nk wat pe mlm2 raya ni. bisingkan dgn bertkbir raya..da penat takbir, bukak lagu raya n takbir raya lak..saje nk carik suasana raya,walaupon xda...kalo tahun lepas masa kt Malaysia,malam2 mcamnila aku ngh ssebuk kemas rumah..pasang karpet,tukar langsir,tukar kosyen...isi kueh dalam bekas,tolong mak masak...sumanya aku wat..da mcm xde adik beradik lain je dalam umh tu..tp xpe..aku suka wat keje..razin=rajin...hehe

Tak sabar sok nak pakai baju raya..setahun skali je pakai..yelakan..baju ni pon 2tahun lepas pnya..tp mcm baru je lepas siap mak aku siap wat..hehe
.

Esok raya,,,

Cepatnye bulan ramdhan kali ni..rasa laju sangat..pejam celik2,da nk raya..ha..mula la nak rasa sedih..org nak raya gumbira...tapi aku sedih..eh bkn aku je..pelajar2 lain yg senasib aku pon....
kawan2 sebuk tanye ape persdiaan nak raya ni..nak jwab ape ek?yelakan..bknye beraya sakan mcm kat malaysia tuh..pi rumah terbuka kt umah2 negeri sudah..konyang perut chek..tapi ape pun,aku tetap menerima sape2 yg nak berkunjung kerumah...sbb aku rancang nak wat kek..bermacam2 jenis..ala sekali skala kan..tp,,rendang ,ketupap..lomang xdela...makan jela ape yg ada..iAllah kalo xda aral melintang..sila2...
sape2 yang lom abis khatam quran tu..cepat2la..arini last puasa..hehe

Sabtu, 5 September 2009

Solat Boleh Rawat Penyakit Kritikal


HASIL kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh.

Prof Dr Wan Abu Bakar bersama Dr Fatimah dan Ng Siew Chok dengan buku mengenai rahsia solat dari segi sains.


Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas - Aktiviti Otot

Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan.

Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan.

"Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh,"katanya.

Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh.

Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenal pasti otot yang aktif ketika solat.



Ng Siew Chok - Isyarat Otak

Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.

"Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang," katanya

Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.

"Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tamakninah,"katanya.

Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang.

Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak.

Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.



Dr Fatimah Ibrahim - Komposisi Tubuh

Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak.

Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah.

"Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain,� katanya.

Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.

Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik.

Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar bahawa Rasullullah bersabda: Sesungguhnya solat berjemaah adalah 27 kali ganda lebih afdal daripada solat bersendirian. (Riwayat Imam Malik, Bukhari dan Muslim).

"Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh.

"Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif,"katanya.

Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.

Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan.

Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.

Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat.

Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot.

Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan.

"Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat,"katanya.

Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut.

Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus.

"Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal,"katanya.

Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit

Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring.

"Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus," katanya.

Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung.

Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.-end-



p/s: kagum btol aku lpas tgok rncangn al-kuliyah yg berkenaan solat sains..hampir suma ape yg diatas ni dibincangkan ...

Rabu, 2 September 2009

Berbuka dengan manis2?



percubaan pertama wat kek coklat succes!!hehe
lpas siap rasa nak je terus telan..tapi sabar sbb puasa..klo aku taw nafsu xtrtahan2, wat da nk dkt2 buka..huhu..ni jela juadah berbuka puasa aku tdi.. tp xla mkn suma..:-b ni lom letak topping..da ltk lagi cedap..lyummy2!!tak leh ni makan selalu..manis..xelok utk kesihatan...
teringat tentang manis..teringat pula orang sll ckp,berbuka la dengan mknan2 yg manis2..,betol ke?tersenyum aku bile dengar nasihat suh brbuka ngn bnda yg manis,katanya ikut sunnah nabi...mari sama2 kita baca dan pahami hadith nabi ni..

Dari Anas bin Malik ia berkata : “Adalah Rasulullah berbuka dengan Rutab (kurma yang lembek) sebelum solat, jika tidak terdapat Rutab, maka beliau berbuka dengan Tamr (kurma kering), maka jika tidak ada kurma kering beliau meneguk air. (Hadits riwayat Ahmad dan Abu Dawud)

Nabi Muhammad Saw berkata : “Apabila berbuka salah sorg kamu, maka hendaklah berbuka dengan kurma. Andaikan kamu tidak memperolehnya, maka berbukalah dengan air, maka sesungguhnya air itu suci.

Rasul junjungan kita berbuka puasa dengan kurma...kalo takde kurma,beliau akan berbuka dengan air..samakah kurma dengan yang manis2?memang ternyata kurma adalah manis sperti rancangn program tv9 ustazah nurbahyah dan suaminya..."semanis kurma~"
akan tetapi..adalah tidak sama manisnye kurma dan yg manis2 tu..

ok.aku ringkaskan..kurma adalah karbohidrat kompleks dan merupakan buah yang bernutrisi sangat tinggi tapi berkalori rendah, iainya tidak menggemukkan,manakala gula yang terdapat dalam mkanan dan minuman yang manis2 itu adalah karbohidrat sederhana..dan bisa meroosakkan kesihatan,,,takkan sunnah nabi ada yang boleh membinasakan diri kita?
renung2kan dan selmat beramal...huhu