Blogger Backgrounds

Pages

Isnin, 31 Mei 2010

Jemputan ke majlis perkahwinan Mohd Razin dan Norzamzamiah






Anda semua dijemput hadir ke majlis perkahwinan Mohd Razin dan Norzamzamiah pada
17 Julai 2010 bertempat di 13 Parit Ibrahim 83600 Semerah Batu Pahat Johor..

click di gambo tuk lebih jelas...
Moga Allah mudahkan urusan kami...amin ya Rabb!!

Jumaat, 7 Mei 2010

20 Resepi Cinta Untuk Hancurkan Perhubungan!

Perhubungan selalunya bukanlah sesuatu yang mudah untuk diurus walaupun dah bersumpah setia terhadap cinta bersama.

Masalah besar yang selalu berlaku bila salah seorang atau kedua pasangan berterusan buat kesalahan yang sama kemudian tak tau/tak faham kenapa la perhubungan mereka bermasalah.

Beberapa perkara dari sikap,cara berfikir dan cara berkomunikasi seseorang itu,kalau diulangi dan dibuat berterusan berpotensi sangat menghancurkan perhubungan.

Anda buat yang mana?


1. Walau pun anda takde fakta dan hujah yang lengkap, anda terus kata anda betul dan terus amalkan sikap keras kepala.

2. Tak pernah minta maaf! Walaupun terang-terang anda ni salah.

3. Pentingkan diri anda.Buat tak tau je kepentingan/ keperluan pasangan anda. Yang penting apa anda nak MESTI
anda dapat dan dia tunaikan..

4. Tak pernah mengaku dan menunjukkan yang anda terluka. Sebaliknya bila terluka, cepat-cepat melenting dan marah.

5. Anda tau kekurangan,kesalaha n dan rahsia keluarga pasangan anda dan gunakan itu semua bila anda gagal masa berbincang dengan pasangan.

6. Bila pasangan buat salah,anda guna dan manipulasi perasaan bersalah itu untuk menyerang emosinya.

7. Sentiasa cekap cari kesalahan pasangan. Kalau dia buat perkara baik,tak puji dan buat tak tau.

8. Buat janji. Tak tepati!.

9. Buat-buat faham apa yang di cakap dan sampaikan walaupun anda sepatah apa pun tak faham.

10. Tak pernah serius dalam apa hal pun.

11. Sentiasa cakap anda ‘pasti mati’ kalau dia buat tak tau pada anda.

12.. Selalu ungkit perkara lepas. Cara penyampaian je tak sama tapi isi dan fakta tetap sama.

13. kalau bertengkar,sentiasa tak nak kalah. Anda bertengkar bukan untuk mencari penyelesaian tapi untuk ‘menang’. Jadi apa cara pun anda mesti buat anda menang sampai pasangan tak tahan.

14. Tak tunjukkan tanda anda ambil berat pasangan anda.

15. Tekankan apa yang anda kata jauh lebih penting dari pasangan anda. Jadi anda selalu ‘potong’ cakap bila pasangan sedang bercakap.

16. Bila anda dapati anda betul dalam sesuatu perkara,selalu cakap, “Itulah..saya dah cakap..awak degil..”.

17. Selalu anggap pasangan anda saja yang perlu faham kehendak/keperluan anda dan perlu secepat mungkin buat apa saja untuk anda tanpa perlu anda cakap.

18. Bagi yang dah berkahwin,dalam perhubungan sex,anda anggap keperluan sex pasangan sama je macam anda.

19. Rajin komen yang tak elok tentang ibu bapa/keluarga pasangan anda.

20. Bertindak bahawa semua yang di atas tu,anda tak buat.. Pasangan anda yang sebenarnya perlu berubah

Isnin, 3 Mei 2010

Setiap Makhluk ada nilainya..

Dari Abu hurairah r.a katanya rasulullah saw. Pernah bercerita “Pada suatu ketika ada seorang lelaki sedang berjalan melalui sebuah jalan, lalu dia merasa sangat kehausan. Kebetulan dia turun ke sumur itu untuk minum. Setelah keluar dari sumur, dia melihat seekor anjing menjulurkan lidahnya menjilat-jilat tanah kerana kehausan. Orang itu berkata dalam hatinya, Alangkah hausnya anjing itu, seperti yang baru kualami” lalu dia turun kembali ke sumur, dicedoknya air dengan sepatunya, dibawanya ke atas dan diberi minumkannya kepada anjing itu. Maka Allah berterima kasih kepada lelaki itu (diterimaNya amalnya), dan diampuniNya dosanya” Para sahabat bertanya “Ya Rasulullah saw. Dapat pahalakah kami menyayangi haiwan ini?” Jawab rasulullah saw “Menyayangi setiap makhluk hidup(tumbuhan dan haiwan) berpahala (ada pahalanya),”

Hadis Sahih Muslim jilid 4 no hadis 2099Dari Abu Hurairah r.a katanya “Rasulullah saw. Bercerita “Pada suatu ketika ada seekor anjing mengelilingi sebuah sumur. Anjing itu hampir mati kehausan. Tiba-tiba dia terlihat oleh seorang wanita pelacur bangsa bani Israil. Maka dibukanya sepatu botnya, kemudian dicedoknya air dengan sepatunya, lalu diberinya minum anjing yang hampir mati itu . maka Allah swt mengampuni segala dosa wanita itu (dengan asbab amalnya beri minum anjing itu).