
ada kesah disebalik gelas pecah ni..biar die je yg tau..huhu
(sory post kali ni xde yg bole diambil manfaat ;-) )

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.USMAN AWANG
1979



Memang benar, jika dah sibuk dengan sesuatu kewajipan.. benar sekali sibuknya,tapi adakah benar2 sebuk?hurm..sejak keluar dari dewan peperiksaan yg lepas iaitu madah Al-Quran,hati ini terlalu gusar dengan memikirkan boleh lulus ke tidak,fikiran pula asyik melayang dan payah menumpukan pelajaran utk madah seterusnya,jawapannya..hadap notebook layanz karton hunter lagi sodap...~.hohooh~......tapi betol lah org kata,malah ibunda tercinta pon pernah nasihat ..kuar dewan peksa xyah pikir dah ttg ape yang dijawab tadi..yang pentingnya dah usaha, sekarang ni tawakal pada Allah..jika diingatkan je..satu haprak pon xjadik..terus tersedar dari lamunan...lantas ku capai kitab qalyubiwaumairah...tak mau pisang berbuah dua kali ba..rupanya Allah sedang menguji aku kuatkah aku untuk menghadapai ujianNya..
Tapi rindu kat Malaysia,rindu kat orang2 tersayang..tahun ni nak balik ke x ek?huhuhu..udah2..selasa depan madah qa'ah bahas..yok study,Akan ku gunakan sepenuh daya untuk tempuhinya..Mudahkan urusan ku YaAllah..jauhkan aku dari godaan syaitan laknatullah..!!!!!!
ampir benar,persediaan pula macamna ye,rasa gemuruh pula bila teringat utuk menghadapinya,dengan melihat persediaan yg masih belum sempurna..satu je yang boleh menenangkan hati ni,iaitu memegang kata2 yang selalu bermain dibibir ustaz Kamal (pengetua sekolah lama) sebelom kami menghapi peperiksaan dulu.iaitu anggap mudah,InsyaAllah Allah akan mudahkan...tapi janganla tak belajar pon nak anggap mudah kan..xkena tuh..hehe...
Dahulukala, langit dan laut saling jatuh cinta. Mereka saling
menyukai di antara satu sama lain. Oleh sebab sangat sukanya laut
terhadap langit, warna laut sama dengan warna langit. Oleh sebab
sangat sukanya langit terhadap laut, warna langit sama denga warna
laut.
Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan kata-
kata `Aku Cinta Padamu’ ke telinga langit. Setiap kali langit
mendengar bisikan penuh cinta laut terhadapnya, langit tidak
menjawab apa-apa , hanya tersipu-sipu malu dengan wajah kemerah-
merahan.
Suatu hari, datanglah awan. Melihat kecantikan si langit, awan terus
jatuh hati terhadap langit, bak cinta pandang pertama. Tetapi tentu
sahaja langit hanya setia mencintai laut. Setiap hari, langit hanya
mahu melihat laut sahaja. Awan berasa sedih tetapi ia tidak berputus
asa mencari cara dan akhirnya mendapat satu akal. Awan mengembangkan
dirinya seluas dan sebesar mungkin serta menyusup ke tengah-tengah
di antara langit dan laut. Ia berusaha menghalangi pandangan langit
dan laut terhadap satu sama lain.
Laut berasa marah kerana tidak dapat melihat langit. Laut
mengeluarkan gelombangnya bagi mengusir awan yang mengganggu
pandangannya. Tetapi tentu sekali usahanya tidak berhasil. Lalu
datanglah angin yang sejak dulu mengetahui hubungan cinta langit dan
laut. Angin berasakan perlu membantu langit dan laut menyingkirkan
awan yang mengganggu perhubungan mereka yang sekian lama terjalin.
Dengan tiupan keras dan kuat, angin meniup awan. Lantas terpecah-
pecahlah awan menjadi berselerak ke banyak bahagian, sehingga ia
tidak berupaya lagi melihat langit dengan jelas dan tidak mampu lagi
untuk mengungkapkan perasaannya terhadap langit. Kerana rasa
terseksa menanggung perasaan cinta yang menggunung tinggi terhadap
langit, awan menangis sedih.