Isnin, 6 Julai 2009
Bulan Rejab
1. Puasa enam iaitu puasa yang dijalankan selama enam hari dalam bulan Syawal. Puasa ini dilakukan sehari selepas 1 Syawal sama ada secara berturut-turut atau tidak.
2. Puasa awal bulan Zulhijjah dari 1 haribulan hingga 8 haribulan Zulhijjah.
3. Puasa pada hari Arafah iaitu pada 9 haribulan Zulhijjah.
4. Puasa pada 9 haribulan Muharram.
5. Puasa pada Hari Asyura iaitu pada 10 haribulan Muharram.
6. Puasa dalam bulan Rejab mengikut kemampuan berpuasa.
7. Puasa dalam bulan Sya'ban kecuali pada hari syak iaitu 30 haribulan Sya'ban.
8. Puasa pada tiap-tiap hari isnin dan khamis.
9. Puasa tiga hari pada tiap-tiap hari bulan Qamariah.
Bulan rejab...
Adakah pahala puasa sunat Rejab adalah lebih baik dari hari-hari pada bulan yang lain? Bagaimana pula pada hari Isra' dan Mi'raj?
Hari Isra' dan Mi'raj tidak termasuk dalam puasa-puasa sunat tetapi oleh kerana pada hari tersebut berada dalam bulan Rejab, maka apabila berpuasa pada hari tersebut akan beroleh pahala puasa sunat Rejab.
Apabila kita meneliti kepelbagaian sumber yang ada di tangan ulama, didapati Rejab ada keistimewaannya tersendiri. Tidak hairanlah matan hadis “Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadan bulan umatku..” disokong oleh ulama muktabar
Kelebihan Bulan Rejab
1. Sabda Nabi S.A.W. : Hendaklah kamu memuliakan bulan rejab nescaya ALLAH muliakan kamu dgn seribu kemulian di hari Qiamat. (Al-Hadis)
2. Sabda Nabi S.A.W. : Bulan Rejab Bulan ALLAH, Bulan Syaaban Bulanku, Dan Bulan Ramadan Bulan Umatku. (al-Hadis)
3. Kemuliaan Rejab dgn mlm Israk Mikrajnya, Syaaban dgn mlm Nisfunya, dan Ramadhan dgn Lailatul-Qadarnya.
4. Mlm awl rejab mustajab doanya(dlm kitab Raudhoh Iman Nawawi)
5. Bagi siapa yg lemah dr berpuasa pd bln rejab hendaklah bersedekah tiap2 ari skurg sbiji roti.(al-Hadis)
6. Allah buka pintu langit sampai ke langit ke-7
7. Allah buka pintu syurga
8. Allah mudah mengampunkan dosa hamba-Nya
Amalan Bulan Rejab
1. berpuasa
2. smbhyg sunat mengirigi fardhu n ssudah fardhu
3. berdoa
4. bertasbih
5. sembhyg tahajjud
6. smbhyg sunat tasbih
*** Bramalah pd 27 rejab dgn bersungguh2.
Berpuasa pd siang n beramal yg lain
*** pd 27 rejab, bykkan bersedekah.
*** Pd mlmnya, berjaga mlm penuh dgn amalan.
banyak lagi kelebihan tentang bulan rejab..tapi dalam proses mencari dalam kitab2..so..sambng lg nt eah..wassalam..
Jumaat, 26 Jun 2009
oh gelas ku~
Khamis, 18 Jun 2009
Rabu, 3 Jun 2009
cikgu xda otak..hehe
Pada suatu hari di dalam kelas:
cikgu: kamu semua nampak saya?
murid2: ye...nampak..
cikgu: kalo nmpak,brmakna ia ada,kamu nampak papan hitam dan kapur ni?
murid2: nampak...
cikgu: bmkna ia ada,nampak pembaris ni?
murid2: nampakla cikgu..
cikgu: bmkna ianya juga ada,nampak Allah?
murid2:xnmpak,..
cikgu:bmkna Allah xada..
budak cerdik ni pening je ngn cikgu ni..lalu die bertye pada kwan yg duk disebelahnye..
bdk cerdik: kamu nampak x otak cikgu tu?
kwanye: xnampak...
bdk cerdik: maka,cikgu tu xda otak..huhu..
saje2 je nak coret2 dimasa terluang,lgipon ngh xda input ni n saje nk kongsi citer yg aku baca kat buku tauhid..
Selasa, 2 Jun 2009
masa mmbakar kita..

Jom kita hargai masa nak?..anda pasti ada masa skng kan?yela,xkanla xda masa masih sempat nk baca coretan aku ni...hehe..jagalah masa ketika anda masih muda,sihat dan kuat,kerna bila da tua,sakit barula nk tu la,ini la..
masa adalah yg sesuatu yg paling brharga didunia ni,kalo anda x syg masa,bmkna anda x sygla umor anda.nk ke abiskkan umor anda tu dgn begitu shaje?x kan?
seringkali kte trdengar or mendengar,dan mmg sll la kte dgr org2 tua mngeluh dan keluhannye sbgini.. "adui,kalo la dulu aku buat(sesuatu yg lebih brmanfaat) mesti aku da kaya,or da senang skng" sll kan dgr keluhan2 ni?ha..jadi anda yg masih ada masa untk berubah,percepatkanlah..masa xtunggu kita..tapi masa membakar kita..ha...tgok jam da kol bape tu?main nternet je dr td..da solat?da study?huhu..erm,,kla,da subuh ni..solat dulu ya..
Selasa, 19 Mei 2009
Makna Air Mata~
Allah yang menciptakan ketawa dan tangisan..pasti ada hikmah disebalik kejadianNya..
Mata walaupon kecil,tapi ia tak pernah kering dengan air mata..jika boleh dikepung,ia bole mnjadikan bumi ni banjir bagai selepas hujan turun dengan lebatnya..fuyyo..
Menurut Ibnu Qayyum ada beberapa jenis tangisan antaranyalah:
*Menangis kerna kasih sayang dan kelembutan hati,(aku ni..haha)
*Menangis kerna takut
*Menangis kerna cinta(ye kot:-) )
*Menangis kerna gembira
*Menangis kerna menderita
*Menangis kerna sedih,hina dan lemah
*Menangis kerna untuk mndapatkan belas kasihan org laen
*Menangis kerna mengikut2 org lain menangis..huhu
*Menangis kerna org munafik yakni pura2 ja nangis..
Haa...ada juga tau tangisanye just biasa2je,tetapi kan.. bisa memadamkan api neraka tu!!
Sabda Junjungan Mulia Nabi Muhammad S.A.W :"Tidaklah seseorang menitiskan air mata kcuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka..
Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatu pun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.”
Tangisan yang dimaksudkan ialah tangisan kerna takut kepada Allah. Menangis kerana menyesal atas kesalahan dan dosa, malah tangisan takut kepada azab Allah sangat bernilai di sisi-Nya sehingga air mata itu boleh memadamkan api neraka.
Jadi,janganla digelakkan org yg menangis..nk kata gembengla ape la..xkanla saje2 kot nk nangis..xbetol ke ape pale nye..hehe,Apepon..pada sape2 da tua2(maksudnye bknla kanak2 lg yg wek wek lg tuh) belom pernah menangis or susah menangis,menangislah kawan2..dengan tangisan,boleh melembutkan hati kita..kalo keras or susah sgt tu..paksa diri kita nangis walaumcna pon..lagi2 kalo kita sedang berdoa,doalah dengan sepenuh hati kita..merayu2,menangis..bkn pada sape pon..just pada Allah..dah sememangnye kita manusia akan mintak pada Allah je kan..
Ahad, 17 Mei 2009
Mula membebel~
Jumaat, 15 Mei 2009
Selamat Hari Guru
Buat cikgu2 tadika kemas kg.puah KL,da pupus kot tadika ni..hehe,sekolah rendah jalan kuantan 1.KL,sekolah agama rendah kg.puah,KL..pastu sekolah menengah agama arab kluang JOHOR dan maahad johor..dan seterusnye..doktor2 di Al-azhar MESIR..al-fatihah utk mereka semua..
Selamat Hari Guru
Separuh hidupmu engkau berikan untuk anak didikmu.
Guruku, Andai Engkau Tiada di Dunia, Kita Akan buta segalanya dan Selamnya
Terima Kasih Guruku, Jasamu Kan Kukenang Selamanya
Guruku, Penyulut Lentera Hari Esokku
BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.USMAN AWANG
1979
Sabtu, 11 April 2009
IKAN MASAK SINGGANG

Nak tau cmna nk memasaknye?kat bwah ni ada detail aku sertakan ..bagus resipi ni tuk kesihatan..xguna minyak pon..
Bahan-bahan ( 4 org makan (sepinggan) )
- beberapa ekor ikan tuna(ape2 pon xkesah je..)
- air pandai2la ko nk sukat..
- bawang merah 2 ulas(dipotong halus)
- bawang putih 3 ulas(dipotong halus)
- garam secukup rasa
- lengkuas (sikit je tapi aku xletak pon sbb kt mesir xda..pon sodap..hehe)
- asam keping
- serbuk kunyit sikit
- cili basah(dipotong sukatila nk ptg cmne)
- gula pon secukup rasa,
Cara-cara
#panas kan periuk isi air 4 cawan masukkan terus ikan,lengkuas, bawang merah, bawang putih,garam, asam keping, cili basah, kunyit dan gula tunggu sampai ikan masak dan hidangkan. Selamat mencuba...:-)Jumaat, 2 Januari 2009
A Crime against humanity!!


kekejaman israel laknatullah!!
Ya Allah...Sesungguhnya hanya Kau maha berkuasa dan mengetahui segalanya...
Ya Allah...Kau berilah balasan yang setimpal kepada Israel kerana membunuh orang-orang yang tidak berdosa dan menjadikan Masjid sebagai serangan!!
Ya Allah...Kau tunjukkanlah kebenaran kepada mereka Ya Allah...
Ya Allah...Kau selamatkanlah saudara-saudara Islam di Gaza...bebaskanlah mereka dari kekejaman ini!!
Ya Allah...Kau perkenankanlah doa ini...Sesungguhnya hanya padaMu tempat kami mengadu dan memohon pertolongan...Kepada Mu lah tempat kami bergantung dan sesungguhnya Kau maha berkuasa ke atas setiap sesuatu...Amin...
Selasa, 10 Jun 2008
~Kalau Tuhan Dikenali~
Kalau tuhan,kita kenali,kasih syg dan perananNya,
Kalau tuhan kita fahami,keagungan dan kekuasaanNya,
Kalo tguhan kita rasakan,betapa dia sangat cintakan hambaNya
Kita akan sanggup berjuang sggup mati kerana nya,kita akan sanggup bekorbn apa saja kerananya,
kalo tuhan dikenali
cintailah Tuhan ,dia adalah sghalanya,korbankanla ape sahaja kerananya,
cintakan Tuhan,cinta paling mahal,cintakan selain Tuhan cinta muarahan..
Kalau Tuhan kita knali,dialah sglanye2,kalo Tuhan kita fahami,
Dialah pengurus seluruh kepelruan kita,
Kalaulah kita faham,tuhan ini siapa sbnarnya,
Kita akan sggp mnerima ujian kranaya,
Kita sgup wat apa saja demi cinta padanya
Kalau Tuhan dikenali
Kita akan sanggup mnrima ujian keranaNya,kita akan sggp menderita krananya.
Kalau Tuhan dikenali...
Cintailah tuhan dia adalah sglanya,korbankan ape sahaja keranaNya,
Cintakan tuhan,cinta yg abadi,cintakan selain tuhan cinta murahan
Isnin, 9 Jun 2008
Epilog Rindu
Bila bunga-bunga kelayuan berguguran…
Bagaikan pelangi selepas hujan reda
Indah berseri mewarnai alam
Beburung berterbangan riang berkicauan
Tiada lagi mendung semalam
Damainya di hati bila terpandang wajahmu
Manis senyuman menghulurkan salam
Lembut tutur bicara tersusun bahasa
Hapus sudah titis airmata
Kenangkan suka dan duka yang dilalui bersama
Indahnya kenangan yang pernah tercipta
Hindarkan persengketaan, jernihkan kekeruhan
Bara amarahmu jangan dinyalakan
Kasih dan sayang membentuk titian rindu
Menghubungkan hati yang lama terpisah
Mengeratkan lagi ukhuwah
Yang lama telah terbina
Bahagia dalam maghfirahNya
Oh… indahnya jalinan kasih sayang
Tidak sempurna iman, tidak bernama insan
Andai permusuhan dibiar berterusan
Leburkan keegoan, hulurkan kemaafan
Semoga sentosa dalam keredhaan
Epilog:
Tinggal duri-duri yang mencalar melukakan…
Ahad, 8 Jun 2008
Hati..
Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu.Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera. Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki. Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.
Khamis, 22 Mei 2008
Sibuk ke?entahla...
Memang benar, jika dah sibuk dengan sesuatu kewajipan.. benar sekali sibuknya,tapi adakah benar2 sebuk?hurm..sejak keluar dari dewan peperiksaan yg lepas iaitu madah Al-Quran,hati ini terlalu gusar dengan memikirkan boleh lulus ke tidak,fikiran pula asyik melayang dan payah menumpukan pelajaran utk madah seterusnya,jawapannya..hadap notebook layanz karton hunter lagi sodap...~.hohooh~......tapi betol lah org kata,malah ibunda tercinta pon pernah nasihat ..kuar dewan peksa xyah pikir dah ttg ape yang dijawab tadi..yang pentingnya dah usaha, sekarang ni tawakal pada Allah..jika diingatkan je..satu haprak pon xjadik..terus tersedar dari lamunan...lantas ku capai kitab qalyubiwaumairah...tak mau pisang berbuah dua kali ba..rupanya Allah sedang menguji aku kuatkah aku untuk menghadapai ujianNya..
Tapi rindu kat Malaysia,rindu kat orang2 tersayang..tahun ni nak balik ke x ek?huhuhu..udah2..selasa depan madah qa'ah bahas..yok study,Akan ku gunakan sepenuh daya untuk tempuhinya..Mudahkan urusan ku YaAllah..jauhkan aku dari godaan syaitan laknatullah..!!!!!!
Khamis, 1 Mei 2008
imtihan qarib
ampir benar,persediaan pula macamna ye,rasa gemuruh pula bila teringat utuk menghadapinya,dengan melihat persediaan yg masih belum sempurna..satu je yang boleh menenangkan hati ni,iaitu memegang kata2 yang selalu bermain dibibir ustaz Kamal (pengetua sekolah lama) sebelom kami menghapi peperiksaan dulu.iaitu anggap mudah,InsyaAllah Allah akan mudahkan...tapi janganla tak belajar pon nak anggap mudah kan..xkena tuh..hehe...Hari demi hari menanti tibanya hari peperiksaan,dan dalam masa itu juga bermacam2 kitab dapat ditelaah,dan bermcam2 ilmu baru juga diperolehi,..harapnye ilmu yang dapat dari ape yang dipelajari tu akan kekal supaya dapat digunakan dimasa depan kelak.,Bila ditenung balik,nampak sangat seperti belajar untuk periksa,tapi sebenarnya belajar untuk terus hidup dalam memperjuangkan agama Allah.cuma peperiksaan ni la yang sebenarnya nak menguji sejauh mana kita peroleh semasa fatrah belajar dulu...dan..diingati pada para pembaca,selagi kita belum masuk ke dalam dewan peperiksaan, selagi itulah kita berpeluang untuk menelaah pelajaran..
Moga Allah mudahkan urusan dan beri kejayaan pada kami dibumi anbiyak ni.dan ampun maaf diphon sekiranya ada terkasar bahasa,keterlanjuran berbicara.Doakan kami...!!

sekadar hiasan..best gilers tgok citer ni..huhu