Blogger Backgrounds

Pages

Jumaat, 21 Ogos 2009

Isu Pengkid



Majlis Fatwa Kebangsaan hari ini memutuskan penampilan ‘pengkid’ iaitu perempuan yang menyerupai penampilan dari segi pakaian serta tingkah lakunya seperti lelaki adalah haram.
Pengerusinya,Prof Datuk Abdul Shukor Husin,pengkid atau juga digelar ‘tomboy’kini menjadi satu isu dan fenomena serius di kalangan anak gadis negara ini dan ia perlu ditangani segera supaya tidak terus berkembang hingga sukar diatasi.

Majlis Fatwa mendapati isu pengkid kini semakin ketara dan dari segi hukumnya,kita menyatakan ia haram dan berharap fenomena ini tidak berleluasa dan minta ibu bapa serta masyarakat melihat perkara dengan lebih lebih serius supaya ia tidak menular dalam masyarakat.

Malah yang lebih membimbangkan majlis fatwa ialah pengkid ini sudah melarat kepada perkara berkaitan seksual dengan meminati sesame sejenis,”katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali ke-83,di sini

p/s :
Moga cepatla lupus si pengkid2 ni..dan tiada seorang pon dari ahli kuarga kita,kawan2 kita terjebak..amin..kalo ada pon..kita sama2 tolong dia..jangan dibiarkan atau disisihkan..die perlukan sokongan dari kita..lagi pon perkara ni jelas dimata kita ada lah haram..tidak bole lelaki menyerupai wanita dan tidak boleh wanita mnyerupai lelaki,,,dan skng ni da sampai hubungan seksual antara wanita,ianya ternyata haram disisi syarak..

Seperti yg telah dinyatakan dengan jelas dalam al-quran ayat 5,6 dan 7 surah Mukminun:

والذين هم لفروجهم حافظون 5 الا على أزواجهم أو ما ملكت أيمانهم فأنهم غير ملومين 6 فمن ابتغى ورأ ذلك فأولك هم العادون 7

5.dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki[994]; 6.maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada terceIa.7.Barangsiapa mencari yang di balik itu[995] maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas

995:Maksudnya: zina, homoseksual, dan sebagainya

0 komen: