Blogger Backgrounds

Pages

Jumaat, 21 Ogos 2009

nasyid pilihan bulan ini :-)

Puasa sok..


كلا ان الانسان ليطغى
Ketahuilah! Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas
أن رأه استغنى
karena dia melihat dirinya serba cukup..

Ramai pikir diri da perfect dari tertinggalnya ibadah2 seperti puasa..cube ingat smula,sudakah kita langsaikan hutang puasa yang kita tinggalkan tahun lepas?da sudah bayar fidyah?
Hutang Allah lebih berhak kita ganti..kalau hutang dengan manusia boleh kita bayar..kenapa liat benar nak byar hutang Allah?same2 la kita peringatkan diri kite masing2..

Besok 22 haribulan dah nak puasa Ramadhan ..rasa cepat sangat waktu berlalu..teringat tahun lepas aku berpuasa di tempat keje. di SOGO KL..berbuka pon kat kaunter cashier..huhu..just minum air kotak n kueh mueh yg disediakan..nak menjamah kueh mueh,tp malu2 n bengang sebab ada customer melayu yg xtaw hormat bulan ramdhan,dah tu xsabar2 lak nk byar dan ada yang masih beratur panjang..ada juga pasangan yg berpelukan semasa beratur..ish..tengah azan ni,bgla masa aku nk berbuka jap,itu pon nak kaco,bknnye aku xletak sign closed..ttba sorang amoi tegur aku.."you makanla dulu,nt I datang balik..." org cina pon reti hormat kita berbuka..xckup didikan agama dorg ni.((.nak kena ni...hehe))

Tapi tula..Ramadhan yg lepas aku xdapat ape2 sgt..xda ape yg aku dapat raih dibulan Ramadhan yg lepas..iAllah Ramadhan kali ni aku xkan lepaskan peluang2 yg dah tersedia ada..entah,Ramadhan kali ni hati aku rasa sayu sket..syahdu pon ade..huhu..
Moga Allah redhai hidupku..dan aku dapat berpuasa penuh sebulan seperti tahun2 yg lepas..

Malam ni jom tarawikh!!tahun ni xnak tggal tarawikhla..huhu..bole ke?biiznillah!!!Ya Allah berilah kami kesihatan dan kekuatan tuk beribadah di bulan Ramadhan ni...Ahlan ya Ramadhan!!Bulan penuh maghfirah...bulan penuh rahmat Allah..bulan keberkatan..Ahlan2!!
اللهم بلغنا رمضان

Isu Pengkid



Majlis Fatwa Kebangsaan hari ini memutuskan penampilan ‘pengkid’ iaitu perempuan yang menyerupai penampilan dari segi pakaian serta tingkah lakunya seperti lelaki adalah haram.
Pengerusinya,Prof Datuk Abdul Shukor Husin,pengkid atau juga digelar ‘tomboy’kini menjadi satu isu dan fenomena serius di kalangan anak gadis negara ini dan ia perlu ditangani segera supaya tidak terus berkembang hingga sukar diatasi.

Majlis Fatwa mendapati isu pengkid kini semakin ketara dan dari segi hukumnya,kita menyatakan ia haram dan berharap fenomena ini tidak berleluasa dan minta ibu bapa serta masyarakat melihat perkara dengan lebih lebih serius supaya ia tidak menular dalam masyarakat.

Malah yang lebih membimbangkan majlis fatwa ialah pengkid ini sudah melarat kepada perkara berkaitan seksual dengan meminati sesame sejenis,”katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali ke-83,di sini

p/s :
Moga cepatla lupus si pengkid2 ni..dan tiada seorang pon dari ahli kuarga kita,kawan2 kita terjebak..amin..kalo ada pon..kita sama2 tolong dia..jangan dibiarkan atau disisihkan..die perlukan sokongan dari kita..lagi pon perkara ni jelas dimata kita ada lah haram..tidak bole lelaki menyerupai wanita dan tidak boleh wanita mnyerupai lelaki,,,dan skng ni da sampai hubungan seksual antara wanita,ianya ternyata haram disisi syarak..

Seperti yg telah dinyatakan dengan jelas dalam al-quran ayat 5,6 dan 7 surah Mukminun:

والذين هم لفروجهم حافظون 5 الا على أزواجهم أو ما ملكت أيمانهم فأنهم غير ملومين 6 فمن ابتغى ورأ ذلك فأولك هم العادون 7

5.dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki[994]; 6.maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada terceIa.7.Barangsiapa mencari yang di balik itu[995] maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas

995:Maksudnya: zina, homoseksual, dan sebagainya

Rabu, 19 Ogos 2009

Pada Mu Selamanya..

Sejenak .. ku imbasi kembali
Erti pelayaran usiaku
Ke timur ke barat
Dunia akhirat
Segalanya .. Ohh

Di tengah hangatnya kejahilan
Membakar hangus keimanan
Dan aku hanyut
Tiada berpaut
Layu sudah pedoman diriku

Kini bersendiri
Ku meniti hari
Ke kanan ke kiri
Ku menilai kembali

Jalan ku lalui
Dosa yang telah pergi
Walau tanpa ku sedari
Air mata membasahi

Terasakan ... terbuka
Kunci pintu hatiku
Timbullah ketenangan di jiwa yang keliru
Terurai kekusutan
Membaralah cinta
Milik-Mu Yang Esa
Selamanya...

Pada-Mu selamanya .. oh...
Selamanya...

Ahad, 16 Ogos 2009

entah...


ngh bosan...brpa hari je lagi da nk puasa ramadhan..so..jom kte makan puas2!!huhu..
rindula nak makan mknan mlysia...trutama roti cnai..cyg..nt pos roti cnai skali ea?:-b
terliur x tgok gmbo sblah ni? nth tba2 nk mkn roti cnai..mcm mngidam lak..haha
tapi..bagi sape2 yg blom blom setle hutang puasa thn lpas.cpt2 ye..trutama wanita..laki pon ada jgk kan..

Rabu, 15 Julai 2009

Rejab lagi...

Sabda Nabi S.A.W. : Bulan Rejab Bulan ALLAH, Bulan Syaaban Bulanku, Dan Bulan Ramadan Bulan Umatku.

Hadith ni adalah hadith dhaif,tapi ada penjelasan dari Imam Baihaqi knpa bulan Rejab adalah bulan Allah,bulan Syaaban adalah bulan Nabi.
hurm..Bulan rejab penuh dengan rahsia yg Allah telah tetapkan padanya..ia adalah suatu momentom awal untuk persiapan kita menghadapi bulan Ramadhan nanti..
Bulan Syaaban pula adalah bulan yg mana Nabi memepertingkatkan amalan2 atau ibadah kepada Allah taala...eloklah kita mengkhatamkan Al-Quran 30 juz dengan tartil dan menambahkan zikrullah.
Saiful Islam pernah berkata,jika kita tidak amalkan zikir dengan konsisten,hati kita akan hilang nur yakni cahaya..dan Allah s.a.w juga telah berfirman dalm surah al-ra'du ayat 28
(الا بذكراللة تطمئن القلوب)

yakni dengan mngingati Allah hati kita akan tenang..cubalah kita amalkan dan jangan sesekali kita abaikan zikrullah..dengan kata mudah umpama jika ikan tidak menjumpai air,begitulah hati kita yg tidak dibasahi oleh zikrullah..

Imam Ahmad Hanbal pernah berkata dengan kata2 yg mengusik jiwa,kalau kamu ingin dekat dengan Allah iaitu, bercakap dengan Allah,byakkanlah solat,jika kamu ingin Allah bercakap dengan kamu byakkan baca Al-Quran,.dan Nabi pernah bersabda dalam mafhumnya,"kalau kamu ingin duduk disyurga bersamaku,banyakkanlah solat"
Solat fardhu sudah semestinya dan jika ditambah lagi dengan solat2 sunat,bertambah manis ibadah kita.. :-)

Marilah kita renungi dan amalkan isi kandungan sabda nabi ni..
mafhumnya:
1.............Jauhilah kamu dari benda2 haram,kamu akan dapat kelazatan dalam beribadah
2............Redha dengan apa yg kamu dapat,kamu adalah orang yg paling kaya
3............Buat baik kepada jiran,kamu akan dapat iman yg sebenar2 nya.
4...........Buat baik kepada org sebagaimana kamu suka org berbuat baik kepada kamu,kamu akan jadik org islam
5.........Jangan banyakkan ketawa,lagi2 dibulan pilihan yakni bulan rejab,syaaban dan ramadhan,kerana hati kta tidak akan dapat fokus beribadah kepada Allah.


3 Perkara yang bole menutup hati kita,...

1......Hati sentiasa sedih yakni asyik memikirkan musibah yang menimpa diri
2....Terlalu suka pujian dari orang,yakni,kalo orang puji baru nak jalankan kerja,kalo xpuji xjalankan kerja,
3.....Terlalu cintakan dunia..maka hati kita akan mati...

Begitula sedikit ilmu sy kongsikan untuk para pembaca...moga salah silap dperbetulkan..dan kita amalkan apa yang kita tahu..jangan jadik seperti pohon yag tidak berbuah..

Isnin, 6 Julai 2009

Bulan Rejab

Diantara hari-hari yang disunatkan untuk berpuasa dalam Islam adalah seperti berikut:

1. Puasa enam iaitu puasa yang dijalankan selama enam hari dalam bulan Syawal. Puasa ini dilakukan sehari selepas 1 Syawal sama ada secara berturut-turut atau tidak.
2. Puasa awal bulan Zulhijjah dari 1 haribulan hingga 8 haribulan Zulhijjah.
3. Puasa pada hari Arafah iaitu pada 9 haribulan Zulhijjah.
4. Puasa pada 9 haribulan Muharram.
5. Puasa pada Hari Asyura iaitu pada 10 haribulan Muharram.
6. Puasa dalam bulan Rejab mengikut kemampuan berpuasa.
7. Puasa dalam bulan Sya'ban kecuali pada hari syak iaitu 30 haribulan Sya'ban.
8. Puasa pada tiap-tiap hari isnin dan khamis.
9. Puasa tiga hari pada tiap-tiap hari bulan Qamariah.

Bulan rejab...

Adakah pahala puasa sunat Rejab adalah lebih baik dari hari-hari pada bulan yang lain? Bagaimana pula pada hari Isra' dan Mi'raj?
Hari Isra' dan Mi'raj tidak termasuk dalam puasa-puasa sunat tetapi oleh kerana pada hari tersebut berada dalam bulan Rejab, maka apabila berpuasa pada hari tersebut akan beroleh pahala puasa sunat Rejab.
Apabila kita meneliti kepelbagaian sumber yang ada di tangan ulama, didapati Rejab ada keistimewaannya tersendiri. Tidak hairanlah matan hadis “Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadan bulan umatku..” disokong oleh ulama muktabar

Kelebihan Bulan Rejab

1. Sabda Nabi S.A.W. : Hendaklah kamu memuliakan bulan rejab nescaya ALLAH muliakan kamu dgn seribu kemulian di hari Qiamat. (Al-Hadis)
2. Sabda Nabi S.A.W. : Bulan Rejab Bulan ALLAH, Bulan Syaaban Bulanku, Dan Bulan Ramadan Bulan Umatku. (al-Hadis)
3. Kemuliaan Rejab dgn mlm Israk Mikrajnya, Syaaban dgn mlm Nisfunya, dan Ramadhan dgn Lailatul-Qadarnya.
4. Mlm awl rejab mustajab doanya(dlm kitab Raudhoh Iman Nawawi)
5. Bagi siapa yg lemah dr berpuasa pd bln rejab hendaklah bersedekah tiap2 ari skurg sbiji roti.(al-Hadis)
6. Allah buka pintu langit sampai ke langit ke-7
7. Allah buka pintu syurga
8. Allah mudah mengampunkan dosa hamba-Nya

Amalan Bulan Rejab

1. berpuasa
2. smbhyg sunat mengirigi fardhu n ssudah fardhu
3. berdoa
4. bertasbih
5. sembhyg tahajjud
6. smbhyg sunat tasbih


*** Bramalah pd 27 rejab dgn bersungguh2.
Berpuasa pd siang n beramal yg lain

*** pd 27 rejab, bykkan bersedekah.

*** Pd mlmnya, berjaga mlm penuh dgn amalan.

banyak lagi kelebihan tentang bulan rejab..tapi dalam proses mencari dalam kitab2..so..sambng lg nt eah..wassalam..

Jumaat, 26 Jun 2009

oh gelas ku~










ada kesah disebalik gelas pecah ni..biar die je yg tau..huhu
(sory post kali ni xde yg bole diambil manfaat ;-) )

Khamis, 18 Jun 2009

Prinsip

"Awak macam lalang. Tak der prinsip"

"Eh.. kenapa lak"

"Yelah. Kata boikot KFC.. aritu saya ajak makan KFC awak follow jer"

"Oh. Saya ada prinsip lagi satu"

"Apa dia"

"Kalau orang nak belanja, jangan tolak"

huhu...

Rabu, 3 Jun 2009

cikgu xda otak..hehe

Telah pergi seorang budak cerdik ke sebuah negara bukan islam..menetap dan bersekolah disana..
Pada suatu hari di dalam kelas:

cikgu: kamu semua nampak saya?
murid2: ye...nampak..
cikgu: kalo nmpak,brmakna ia ada,kamu nampak papan hitam dan kapur ni?
murid2: nampak...
cikgu: bmkna ia ada,nampak pembaris ni?
murid2: nampakla cikgu..
cikgu: bmkna ianya juga ada,nampak Allah?
murid2:xnmpak,..
cikgu:bmkna Allah xada..

budak cerdik ni pening je ngn cikgu ni..lalu die bertye pada kwan yg duk disebelahnye..

bdk cerdik: kamu nampak x otak cikgu tu?
kwanye: xnampak...
bdk cerdik: maka,cikgu tu xda otak..huhu..

saje2 je nak coret2 dimasa terluang,lgipon ngh xda input ni n saje nk kongsi citer yg aku baca kat buku tauhid..

Selasa, 2 Jun 2009

masa mmbakar kita..


Jom kita hargai masa nak?..anda pasti ada masa skng kan?yela,xkanla xda masa masih sempat nk baca coretan aku ni...hehe..jagalah masa ketika anda masih muda,sihat dan kuat,kerna bila da tua,sakit barula nk tu la,ini la..
masa adalah yg sesuatu yg paling brharga didunia ni,kalo anda x syg masa,bmkna anda x sygla umor anda.nk ke abiskkan umor anda tu dgn begitu shaje?x kan?
seringkali kte trdengar or mendengar,dan mmg sll la kte dgr org2 tua mngeluh dan keluhannye sbgini.. "adui,kalo la dulu aku buat(sesuatu yg lebih brmanfaat) mesti aku da kaya,or da senang skng" sll kan dgr keluhan2 ni?ha..jadi anda yg masih ada masa untk berubah,percepatkanlah..masa xtunggu kita..tapi masa membakar kita..ha...tgok jam da kol bape tu?main nternet je dr td..da solat?da study?huhu..erm,,kla,da subuh ni..solat dulu ya..

Selasa, 19 Mei 2009

Makna Air Mata~

Pernahkah anda menangis?Jika menangis,apekah sbbnya?mnangis di tinggalkan awek/pakwe?menangis kegembiraan?hehe..apepon,menangis adalah fitrah bagi manusia tetapi,dengan tangisanlah memberi sesuatu nilai yang tersendiri..(betol x?)

Allah yang menciptakan ketawa dan tangisan..pasti ada hikmah disebalik kejadianNya..
Mata walaupon kecil,tapi ia tak pernah kering dengan air mata..jika boleh dikepung,ia bole mnjadikan bumi ni banjir bagai selepas hujan turun dengan lebatnya..fuyyo..

Menurut Ibnu Qayyum ada beberapa jenis tangisan antaranyalah:

*Menangis kerna kasih sayang dan kelembutan hati,(aku ni..haha)
*Menangis kerna takut
*Menangis kerna cinta(ye kot:-) )
*Menangis kerna gembira
*Menangis kerna menderita
*Menangis kerna sedih,hina dan lemah
*Menangis kerna untuk mndapatkan belas kasihan org laen
*Menangis kerna mengikut2 org lain menangis..huhu
*Menangis kerna org munafik yakni pura2 ja nangis..

Haa...ada juga tau tangisanye just biasa2je,tetapi kan.. bisa memadamkan api neraka tu!!
Sabda Junjungan Mulia Nabi Muhammad S.A.W :"Tidaklah seseorang menitiskan air mata kcuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka..
Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatu pun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.”


Tangisan yang dimaksudkan ialah tangisan kerna takut kepada Allah. Menangis kerana menyesal atas kesalahan dan dosa, malah tangisan takut kepada azab Allah sangat bernilai di sisi-Nya sehingga air mata itu boleh memadamkan api neraka.

Jadi,janganla digelakkan org yg menangis..nk kata gembengla ape la..xkanla saje2 kot nk nangis..xbetol ke ape pale nye..hehe,Apepon..pada sape2 da tua2(maksudnye bknla kanak2 lg yg wek wek lg tuh) belom pernah menangis or susah menangis,menangislah kawan2..dengan tangisan,boleh melembutkan hati kita..kalo keras or susah sgt tu..paksa diri kita nangis walaumcna pon..lagi2 kalo kita sedang berdoa,doalah dengan sepenuh hati kita..merayu2,menangis..bkn pada sape pon..just pada Allah..dah sememangnye kita manusia akan mintak pada Allah je kan..

Ahad, 17 Mei 2009

Mula membebel~

Kalau rasa badan..memang patut tido aku ni,penat peksa td,,alhamdulillah mudah soalan n jawapanye,moga tahun ni aku naik tahun,amin ya Allah~tp perah2 otak gak ni sampai da kering dah...(kajian mengatakan ,dibandingkan orang yg belajar / mmbuat ssuatu prkara menggunakan akal /otak dgn org yg berkebun /membuat banggunan,org yg menggunakan otak adalah lebih penat,hehe) tp sbb nk jadi insan normal..aku pon taklah tido skng ni..hehe...yelakan,tido bagi org dewasa yang normal waktu malam dari kol 12 midnite hngga kol 4 or 5 pagi..paling normal la tu,iaitu 5 or 6 jam bagi org dewasa,bagi baby plak 8 hingga 10 jam..kalo yg kurang or terlebih tu..pikir2lah..(tapi kan ada juga kajian mengatakan,jika kurang tido atau cukup2 tido boleh menaikkan berat badan,dan bile da terlebih tido bole kurangkan brat badan,jadi camne ni ek..haha) link

Jumaat, 15 Mei 2009

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru untuk kesemua cikgu2 ustaz-ah yang pernah mengajar ana menulis...membaca..

Buat cikgu2 tadika kemas kg.puah KL,da pupus kot tadika ni..hehe,sekolah rendah jalan kuantan 1.KL,sekolah agama rendah kg.puah,KL..pastu sekolah menengah agama arab kluang JOHOR dan maahad johor..dan seterusnye..doktor2 di Al-azhar MESIR..al-fatihah utk mereka semua..

Selamat Hari Guru
Separuh hidupmu engkau berikan untuk anak didikmu.
Guruku, Andai Engkau Tiada di Dunia, Kita Akan buta segalanya dan Selamnya
Terima Kasih Guruku, Jasamu Kan Kukenang Selamanya
Guruku, Penyulut Lentera Hari Esokku


BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

Sabtu, 11 April 2009

IKAN MASAK SINGGANG

Nyumy..sedap benar aku masak td :-b actually first time cube resepi masak ikan singgang ni..yelakan,hari2 makan lauk yg sama je..nk rasa lak yg lain..hehe..tp tension gak td..baru nk beriiya-iya masak,beras abis..terpaksala aku gagahkan diri beli beras n angkut sorg2 dari kedai..beras guni tuh..adalaa.. dalam 25 kg..pastu ditimpa satu masalah lgi..gas abis lak..adui..perut da bekeroncong..last2 masak je guna periuk nasi karen(rice cooker)~ hehe..akhirnye..ni la hasilnye..jeng2-jeng..














Nak tau cmna nk memasaknye?kat bwah ni ada detail aku sertakan ..bagus resipi ni tuk kesihatan..xguna minyak pon..

Bahan-bahan ( 4 org makan (sepinggan) )
  • beberapa ekor ikan tuna(ape2 pon xkesah je..)
  • air pandai2la ko nk sukat..
  • bawang merah 2 ulas(dipotong halus)
  • bawang putih 3 ulas(dipotong halus)
  • garam secukup rasa
  • lengkuas (sikit je tapi aku xletak pon sbb kt mesir xda..pon sodap..hehe)
  • asam keping
  • serbuk kunyit sikit
  • cili basah(dipotong sukatila nk ptg cmne)
  • gula pon secukup rasa,

Cara-cara

#panas kan periuk isi air 4 cawan masukkan terus ikan,lengkuas, bawang merah, bawang putih,garam, asam keping, cili basah, kunyit dan gula tunggu sampai ikan masak dan hidangkan. Selamat mencuba...:-)