Jumaat, 31 Ogos 2007
Pindah blog..
Sebenarnya ana baru sahaja pindah laman blog dari laman wordpress ke laman blogspot ini,bukanlah tidak bagus menggunakan wordpress akan tetapi payah dan rasa kelam sedikit suasana blog nye dan melihat ketidakupayaan ana untuk menggeledah lebih lagi tentang wordpress maka ana menggunakan kembali blogspot.
Insyallah akan datang jika ana sudah pandai menggunakan laman blog lain,ana akan mencuba lagi,selagi ada masa kita dihadapan buah hati ketiga ini,selagi itulah kita gunakan dengan betol.Tidak rugi rasanya kalau kita mencuba benda-benda baru asalkan ianya tidak melanggar syariat islam.Dan sebenarnya ada sahaja ilmu baru yang kita akan dapat jika kita banyak mencuba.
Jadi selepas ini ana akan hanya menggunakan blog ini sehinggalah ada ilham datang untuk mencuba blog lain.Sekian tinggalkanlah komen atau teguran membina sahabat di shout box untuk ana mempertingkatkan diri ana yg lemah ini.Mata pon sudah kuyu,bantal sudah memanggil-manggil namaku untuk lena diatasnya,moga mimpi indah menantku disana.Wassalam...
Malaysia Negara Islam?
Negara Malaysia adalah sebuah negara islam seperti mana yang telah diletakkan dalam perlembagaan yang menyatakan ianya ialah agama bagi persekutuan,ia seolah-olah menganggap negara ini sudah diberi nyawa dan dimanusiakan sebagai seorang Islam. Seperti seorang beragama Islam, sejauh mana kekuatan keislamannya bergantung pula kepada sebanyak mana pelaksanaannya kepada peruntukan agama itu sendiri.
Apabila bercakap mengenai negara Islam kita tidak dapat lari daripada membincangkan takrifan yang dibawa ulama. Umpamanya Syeikh Muhammad Abu Zuhrah membahaskan kedudukan negara Islam berlegar antara dua pandangan iaitu, pertama, sebuah negara yang menjalankan hukum-hakam dan undang-undang syariah secara menyeluruh, maka negara itu adalah negara Islam. Jika sebaliknya yang berlaku, maka negara itu tidak boleh dianggap negara Islam.
Pandangan kedua, merujuk kepada keamanan orang Islam dan kekuasaan pentadbiran mereka.
Jika orang Islam memegang tampuk pemerintahan dan menjadi pemimpin dalam negara dan seluruh masyarakat hidup dengan aman dalam negara itu, maka negara adalah negara Islam.
Menurut Ibnu Qayyim, majoriti ulama Islam berpendapat negara Islam ialah negara yang diduduki orang Islam, berjalan padanya undang-undang syariah dan selagi mana tidak berjalan padanya hukum-hakam Islam maka ia bukanlah negara Islam.
Al-Kasani pula menyebut sebuah negara dikatakan negara Islam jika zahir iaitu jelas kelihatan Islam di dalamnya dan yang dimaksudkan zahir Islam itu ialah zahir hukum-hakamnya.
Al-Sarakhsi pula berpendapat, negara Islam ialah nama bagi suatu tempat atau kawasan yang berada di bawah kekuasaan orang Islam di mana semua penduduk beroleh keamanan dan ketenteraman berada di dalamnya. Ini menunjukkan perkara yang menjadi sandaran membezakan antara negara Islam atau negara lainnya ialah kekuasaan atau pemerintahan dan perjalanan hukum-hakam/undang-undang.
Jelas berdasarkan takrifan di atas bahawa ada pendapat bersifat umum, ada pula yang terperinci dan lebih ketat. Pandangan majoriti melihat kepada pelaksanaan undang-undang syariah sebagai asas untuk meletakkan sesebuah negara dianggap Islam.
Pendapat yang bersifat umum melihat kepada siapa yang memerintah dan apakah wujud undang-undang syariah, dan jika tidak, apakah ada tanda syiar Islam dilaksanakan dalam sesebuah negara. Jika ada dan masyarakat hidup dalam harmoni serta aman, ia juga termasuk dalam istilah negara Islam.
Bagaimana pula kedudukan
Dari sudut perlembagaan dan undang-undang yang berkuatkuasa, jelas bahawa undang-undang Islam tidak sepenuhnya dilaksana di
Terdapat juga undang-undang yang membenarkan apa yang dilarang oleh syariah Islam. Dalam hal demikian kita mungkin tersasar jika menyatakan
Islam masih lagi belum diamalkan sebagai ‘addin’ atau cara hidup di
Contohnya, di Jabatan Peguam Negara sudah ditubuhkan sebuah seksyen yang dinamakan Seksyen Syariah. Seksyen Syariah ini akan memantau semua rang undang-undang yang bakal dibawa ke Parlimen untuk diluluskan.
Seksyen ini akan mengkaji aspek syariah rang undang-undang berkenaan. Tidak cukup dengan pegawai di jabatan itu, seksyen ini juga dibantu oleh ulama, NGO Islam, ahli akademik dan lain-lain melalui sebuah jawatankuasa yang dinamakan Komuniti Syariah, Jabatan Peguam Negara Malaysia.
Dalam hal demikian, rang undang-undang yang diluluskan nanti tidak semestinya membawa nama Islam tetapi semangat dan inti patinya dapat digarap selaras dengan hukum syarak.
Sistem perundangan di
Sistem perundangan seperti ini tidak semestinya bertentangan dengan syariah Islam. Pada masa sama, kita perlu jelas bahawa segala undang-undang termasuk undang-undang Islam perlu dikodifikasi dan diluluskan oleh badan perundangan sebelum ia boleh dilaksanakan di negara ini.
Andaiku Tahu..
Kapan tiba ajalku
Ku akan memohon Tuhan
Tolong panjangkan kakiku
Andai ku tahu
Kapan tiba masaku
Ku akan memohon Tuhan
Jangan kau ambil tanganku
Aku takut akan semua dosa dosaku
Aku takut dosa yg terus menghantuiku
Andai ku tahu
Malaikat-Mu kan menjemputku
Izinkan aku mengucap kata taubat pada-Mu
Aku takut akan semua dosa dosaku
Aku takut dosa yg terus menghantuiku
Ampuni aku dari segala dosa dosaku
Ampuni aku menangis ku bertaubat pada-Mu
Aku manusia yang takut neraka
Namun aku juga tak pantas di surga
Andai ku tahu
Kapan tiba ajalku
Izinkan aku mengucap kata taubat pada-Mu
Aku takut akan semua dosa dosaku
Aku takut dosa yg terus menghantuiku
Ampuni aku dari segala dosa dosaku
Ampuni aku menangis ku bertaubat pada-Mu
Mari Kita Renungkan..
Sesekali kita perlu derita,
Sesekali kita perlu kecewa,
Untuk kita mengerti erti bahagia,
Unuk kita mengerti erti berjaya,
Sesekali kita perlu menangis,
Sesekali kita perlu terhiris,
Untuk kita mensyukuri nikmat yang diberi,
Untuk kita mengenal diri sendiri,
Ujian yang datang menguji kesabaran,
Perlu keimanan&ketakwaan,
Sebagai hamba kepada Tuhan,
Kita harus bertahan ,
Jalan keSYURGA penuh likuanya
Penuh dugaan&rintanganya,
Hanya yang cekal&tabah,
Pasti akan menemuinya,
Masihkan lagi mahu menghitung,
Setitis MEHNA-NYA
Jika dibandingkan dengan selaut,
Rahmat&Nikmatnya,
Seharusnya kita bersyukur,
Dan berlabang dada ,
Kerana kita sering terlupa
Pohonkan doa kepada ALLAH,
Agar kita beroleh keredhaanNya
Solat Menghapus Kegelisahan DiHati
Diceritakan pada zaman dahulu,bahawa seorang lelaki berjalan jalan di malam hari,ia melihat sekumpulan tentera sedang memeriksa jalan,dalam pemikirannya kalau dia berlalu di sekumpulan tentera itu sudah pasti dia akan dikenakan berjenis macam persoalan,lalu dia lari bersembunyi dibanggunan yang roboh untuk bersembunyi.
Seketika itu,tidak disangka-sangka sekumpulan tentera datang menggeledah ketempat persembunyiannya lalu menemui lelaki tersebut dalam masa yang sama menemukan seorang yang telah terbunuh.
Jadi lelaki itu dihadapkan pada hakim,segala bukti mengisyaratkan dialah pembunuhnya,lantas si lelaki tersebut meminta kepada hakim diberi kesempatan untuk berwuduk dan bersolat dua rakaat kepada ALLAH yg maha mengetahui.Hakim mengkabulkan permintaanya dan menangguhkan sidang.Kemudian lelaki tersebut solat dan berdoa kepada Allah.Didalam doanya iaitu,”Ya Allah Sesunnguhnya Engkau mengetahui bahwa tiada saksi untuku menyatakan ketidak- kesebersalahan ku,hanya Kau sahaja saksiku,dan Engkau meminta kepada kami orang beriman untuk tidak merahsiakan kesaksian,maka aku memohon kepada mu,pada Zat Mu ya ALLAH”.Lelaki tersebut benar benar yakin dengan ketentuaan ALLAH,dan hanya ALLAH sahaja yang dapat membantunya.
Seusai itu pembicaraan bersidang kembali,dan tiba-tiba seorang lelaki masuk kehadapan hakim seraya berkata ‘AKULAH PEMBUNUHNYA’.
Hakim terkejut dan bertanya kepada lelaki yang baru datang”mengapa kamu mengaku kamulah pembunuhnya?sedangkan tiada seorang pon yang melihat kamu yang membunuhnya? lalu si pembunuh menjawab,“Demi ALLAH aku tidak mengakui,tapi ada suara tanpa rupa menggerakkan lisanku untuk mengucapkan apa yg aku katakan tadi”
Cerita diatas menunnjukkan mutlakknya Kekuasaan ALLAH. Jadi ALLAH Maha Kuasa yang tidak berkehendakkan apa yg sipembunuh tidak mahu,dan berkehendakkan apa yang silelaki itu mahu,(انا اريد,وانت اريد,ولكن الله يفعلوا ما يريد).Orang yang terzalimi terbebas kerana bersolat dua rakaat seperti mana yang telah diajar oleh junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.Rasulullah akan bersolat sunat setiap kali ditimpa persoalan.
Ketika manusia bersimpuh dihadapan Nya,dan bermunajat kepada Nya,maka hanya Dia satu-satunya Maha Kuasa yang akan memberi jalan keluar baginya. Ini kerana kita berada dalam genggaman-Nya,kita berbuat sesuatu sekehendakNya,tiada yang dapat membantah hukumNya dan tiada yang dapat menolak keputusaNya.
Kita harus meyakini dan mensucikan kembali niat dalam setiap kali kita memohon padaNya,dan kita kenalah banyak bersimpuh dihadapan Nya. Sesungguhnya solat mempunyai peranan yang amat besar dalam kehidupan seorang muslim, sabda Rasulullah dalam mafhumnya,“Yang membezakan umatku dengan kafir adalah solat”. Inilah satu-satunya fardhu yang difardhukan secara langsung dari ALLAH kepada junjungan kita S.AW. pada malam ISRA’ MIKRAJ.
Wallahualam…….
30 Larangan Untuk Wanita
Assakamualaikum w.b.t,
Wanita adalah idaman bagi setiap lelaki. Lemah-lembut, sopan-santun adalah sifat semulajadi yang ada setiap wanita. Ia juga menjadi satu daya penarik bagi kaum Adam yang inginkan belaian kasih sayang dari seorang yang benar-benar memahami segala kehendak dan keinginan di kala kesepian. Islam tidak menyekat kaum wanita dalam melibatkan diri dalam apa jua aktiviti namun ada batasannya yang mana perlu diambil kira agar tidak bercanggah dengan syariat Allah S.WT.
30 LARANGAN UNTUK WANITA…
1. Menyambung rambut palsu
2. Bertatu, mencabut bulu wajah dan mengikir gigi
3. Keluar rumah dengan memakai minyak wangi
4. Memperlihatkan perhiasan(bersolek) di depan lelaki lain
5. Menolak panggilan suami untuk tidur bersama
6. Membuka rahsia hubungan suami isteri
7. Berpuasa sunat tanpa izin suami
8. Membelanjakan harta suami, tanpa izin suami
9. Derhaka kepada suami
10. Meminta cerai tanpa sebab yang jelas
11. Mengingkari kebaikan suami
12. Bersama lelaki lain yang bukan mahram
13. Memandang lelaki yang bukan mahramnya
14. Bersalaman dengan lelaki bukan mahram
15. Menyerupai lelaki
16. Membuka rahsia wanita lain kepada suami
17. Memandang aurat wanita lain
18. Keluar rumah tanpa ada keperluan
19. Masuk permandian awam
20. Mencakar-cakar tubuh ketika dapat musibah
21. Meratapi kematian
22. Berhias atas meninggalnya seseorang
23. Menghantar jenazah
24. Mempercayai dukun dan peramal
25. Menyumpah anak-anak sendiri
26. Tidak bertegur sapa dengan sesama muslim
27. Menganiaya pembantu
28. Mengganggu jiran
29. Minta cerai kerana suami sakit
30. Minta cerai kerana suami menikah lagi
Khamis, 30 Ogos 2007
Hayatilah..
Wahai insan yang berbudi,
Marilah kita sama berdiri,
Menegak Islam Agama sejati,
Asalkan ALLAH tahu NEAR dihati,
Bukan mengata@membenci,
Cuma mahu korang hayati,
Hidup didunia tak hakiki,
Hanya ALLAH yang kekal abadi,
Ingatlah wahai wanita sejati,
Seluk poket cerminlah diri,
Bukan menghina @mengeji,
Ingatlah maruah tak boleh dijual beli,
Hayatilah wahai insan bistari,
Janganlah sampai termakan budi,
Tergadai body,
Fikirlah sendiri untuk diinsafi…
Hukum Menonton Wayang
Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi pernah ditanyakan mengenai hukum menonton filem di pangung wayang, jawab beliau :
لا شك أن (السينما) وما ماثلها أداة هامة من أدوات التوجيه والترفيه، وشأنها شأن كل أداة فهي إما أن تستعمل في الخير أو تستعمل في الشر، فهي بذاتها لا بأس بها ولا شيء فيها، والحكم في شأنها يكون بحسب ما تؤديه وتقوم به.
وهكذا نرى في السينما: هي حلال طيب، بل قد تستوجب وتطلب إذا توفرت لها الشروط الآتية:
“Tidak syak lagi bahawa panggung wayang merupakan satu alat dari alat-alat pengarahan(directing) dan hiburan(entertainment), maka hal-ehwal (aktiviti) setiap alat ini dilihat samada digunakan untuk kebaikan atau keburukan. Maka ia diterima, dan tidak adalah masalah keatasanya. Maka hukum aktivitnya adalah menurut apa ia ambil dan lakukannya.
Dengan itu kami berpendapat bahawa pangung wayang : adalah halal dan baik, akan tetapi ia memerlukan dan meminta agar syarat yang dinyatakan wujud”
Syarat-syaratnya :-
1. Tajuk dan isinya tidak boleh bertentangan dengan Aqidah Islam, Akhlak dan Syariah. Ia tidak boleh mengandungi unsur seks, mengajak kepada jenayah, ajaran sesat dsbnya.
2. Menonton wayang tidak menghalang seseorang itu dari melakukan perkara wajib, seperti solat 5 waktu. Tidak boleh seseorang itu meninggalkan solat wajib, contohnya Maghrib semata-mata untuk menonton wayang. al-Quran memberi amaran keras kepada sesiapa yang berpaling dari mengingati Allah.
3. Elak dari bergaul diantara lelaki dan perempuan yang ajnabi (orang luar), elak dari fitnah dan juga bersyubhat, lebih-lebih lagi menonton didalam keadaan gelap.
——–
Jika syarat ini dapat dipatuhi, maka menonton wayang tidaklah di larang. Dr Ahmad Syarabasi mengatakan bahawa ia boleh dijadikan untuk memunafaatkan umat keseluruhannya, seperti menegakkan agama dan menunjukkan akhlak yang baik. Ada juga yang menyalah gunakannya yang boleh menggalakkan jenayah, seks, tekanan psikologi, etika dan korupsi sosial didalam masyarakat.
Sekian, wassalam
===========
1. Fatwa al-Qaradhawi - http://www.qaradawi.net/site/topics/printArticle.asp?cu_no=2&item_no=3589&version=1&template_id=232&parent_id=17
2. Fatwa Dr Ahmad Syarabasi - http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar/FatwaE/FatwaE&cid=1119503544786
Sekian..
Bagaimana Untuk Lebih Kreatif?
Manusia memerlukan daya kreativiti yang tinggi untuk maju. Lebih menarik lagi, sesiapa sahaja boleh melakukan latihan-latihan tertentu secara konsisten bagi meningkatkan daya kreativiti mereka. Dengan latihan-latihan ini anda akan dapati diri anda menjadi lebih kreatif dan anda mampu menyumbang pelbagai ide yang tidak pernah anda fikirkan selama ini. Ide-ide ini mungkin menjadi penyebab kejayaan anda untuk lebih berjaya dalam karier, pergaulan, bisnes dan sebagainya.
Langkah-langkah yang anda perlu ambil dari sekarang:
-
Berani lakukan perubahan. Jangan takut untuk mencuba pelbagai pendekatan baru dalam melakukan sesuatu yang biasa anda lakukan. Tidak semestinya pendekatan baru anda ini lebih baik tetapi sekurang-kurangnya anda melatih minda anda untuk berani lakukan perubahan. Minda anda akan lebih fleksibel terhadap sesuatu perkara dan membuka peluang untuk anda lihat sesuatu perkara itu dari pelbagai sudut pandangan. Misalnya, cuba pelbagaikan jalan yang biasa anda ambil untuk ketempat kerja; setiap kali sembahyang Jumaat, pergi ke masjid yang berbeza; ubah dari semasa ke semasa kedudukan perabut di rumah atau di pejabat anda; ubat kegemaran anda menulis dalam satu-satu format, fonts, warna dan sebagainya; apabila ke restoran cuba minta minuman yang lain dari kebiasaan anda; fikirkan pendekatan baru atau stategi baru dalam satu-satu permainan; dan lain-lain. Yang penting disini ialah biasakan diri anda untuk berani lakukan perubahan.
-
Suburkan setiap ide baru. Ramai orang yang mempersendakan ide-ide yang kurang matang atau kurang bernas. Tetapi tidakkah anda sedar banyak kejayaan yang dicapai hari ini bermula dari ide yang tidak masuk akal? Wright Brothers dikatakan gila apabila mereka kata besi boleh terbang. Edison dicemuh apabila dia kata malam boleh menjadi terang. Kini terbukti ide-ide gila merekalah yang membawa kemakmuran dalam hidup kita kini. Oleh itu, jangan diracuni setiap ide. Mungkin apabila ide tersebut dicanai ia membawa suatu impak yang besar dan pembaharuan dalam hidup. Kaji setiap ide sebelum ia diketepikan. Meskipun terbukti ide tersebut tidak membawa faedah, namun pengalaman berfikir yang telah anda libatkan membawa makna besar dalam kejayaan selepas itu. Ide atau cetusan ilham ada ketikanya datang secara tiba-tiba dalam masa hanya beberapa saat. Jangan tertipu dengan berkata yang anda akan menulisnya kemudia kerana anda pasti lupa tentang ide itu akibat kesibukan kerja, atau terfikir sesuatu perkara yang lain, atau anda sendiri berkata ide itu tidak bagus. Mulai hari ini pastikan anda sentiasa membawa buku kecil kemana-mana sahaja anda pergi. Catatkan setiap ide, tanpa menilai, ke dalam buku kecil itu. Berikan masa untuk anda fikirkan ide tersebut setelah anda tenang.
-
Bina kebolehan meniru dan mengubahsuai. Hari ini, agak sukar untuk anda menemui ide-ide yang baru dan unik. Kebanyakan ide baru anda datangnya daripada gabungan pelbagai ide yang telah wujud sekeliling anda. Ada pendapat yang mengatakan, sekiranya anda mampu mengubahsuai 10% sahaja apa yang telah orang lain hasilkan maka cukup untuk anda menjadi kaya raya. Pastikan pengubahsuaian ini tidak melanggar hak cipta atau paten yang telah didaftarkan oleh orang lain.
-
Bina kreativiti anda apabila ada masa lapang. Gunakan masa lapang anda untuk mengasah minda kepada aktiviti yang merangsang daya kreativiti anda. Sekiranya senaman dan riadah yang anda lakukan dimasa lapang banyak membantu kecergasan anda ditempat kerja (atau sekolah) begitulah juga dengan minda. Aktiviti minda yang anda lakukan dimasa lapang akan membantu kecerdasan minda anda ditempat kerja atau sekolah. Contohnya, gunakan masa lapang untuk teka-teki, permainan chess, “puzzles”, melukis, kraftangan, fotografi dan sebagainya.
-
Amalkan sikap ingin tahu dan suka menyelidik. Jangan sekadar berpuashati dengan apa yang ada disekitar anda, tidak ada satu pun yang sempurna. Setiap ciptaan manusia yang anda lihat pasti ada cacatnya. Sikap suka menyelidik ini membolehkan anda mendapat ide-ide baru bagi menghasilkan sesuatu yang lebih baik dari yang sedia ada. Tanyakan diri anda dengan soalan-soalan seperti Apa? Kenapa? Bila? Bagaimana? Setiap kali ada orang yang mengatakan yang sesuatu itu tidak boleh dibuat (atau tidak boleh dicapai), tanyakan soalan ini, “Kenapa tidak?”. Binakan sikap suka bertanya. Tidakkah anda sedar anak kecil yang banyak bertanya itu lebih bijak daripada anak kecil yang sekadar diam. Begitulah juga dengan kita.
Kata-Kata Mutiara
Jangan sesali apa yang sudah pergi. Jangan tangisi apa yang sudah tiada. Tetapi bangkitlah dan bina kembali apa yang telah hilang dan pergi.
Jika anda bekerja semata-mata untuk wang, anda tidak akan menjadi kaya kerananya. Tetapi jika anda menyintai pekerjaan yang anda lakukan itu, kejayaan akan menjadi milik anda ~ Ray Kroc (Pengasas McDonalds)
Kita sering nampak derita hari ini, tapi kita jarang ingat kebahagiaan untuk esok hari, jadi belajar lah untuk menghargai apa yg kita miliki hari ini, kerana kita takkan dapat mencapai penghargaan untuk esoknya jika semuanya telah tiada…..
Komunikasi adalah sesuatu yg mudah, susahnya ialah apabila kita tidak menyebutnya dengan perkataan yg mudah.~T.S Matthews
Masa lalu adalah seperti melihat dari tingkap kaca yang berdebu, segalanya nampak senyap dan tidak pasti.
Mereka yang berjaya bukanlah mereka yang gagal dalam mencuba, bukan juga mereka yang sering gagal tetapi mereka yang tidak pernah gagal mencuba dan terus mencuba sehingga kejayaan yang dikecapi.
Anda mungkin ditipu jika terlalu mempercayai tetapi hidup anda akan terseksa jika tidak cukup mempercayai ~ Frank Crane
Ketika kamu melontarkan sesuatu dalam kemarahan, kata -katamu itu meninggalkan bekas seperti lubang di hati orang lain. Kamu dapat menusukkan pisau pada seseorang, lalu mencabut pisau itu. Tetapi, tidak peduli berapa kali kamu meminta maaf, luka itu akan tetap ada. Dan, luka kerana kata - kata adalah sama buruknya dengan luka berdarah.
Kau Tetap Ada...
Aku kehilangan bayangMU selama ini,
Walaupun memang KAU ada,
Menyiangi pagi yang masih gelap,
Dan menyejukkan kecerahan siang,
Aku lupa bahawa KAU ada di sini,
Selalu di sini mendampingiku,
Dalam duka-duka ciciran masa lalu,
KAU tahu aku tidak menghargaimu,
Tetapi KAUlah yang paling mengerti,
Kerana KAUlah MAHA mengerti,
Membisikkan semangat yang luar biasa,
KAU selalu ada di saat aku jatuh,
Ketika segalanya pergi,
KAU tetap di sini,
Mendampingiku,
Walau KAU tahu,
Aku tidak pernah cuba menghargai
Apatah lagi untuk menyintaimu.
Harap aku telah sedar
TentangMu
Perempuan Zaman Sekarang
“Eleh, tetapi hari ini ramai juga wanita bertudung yang kena rogol, malah setengahnya kena bunuh dijerut dengan tudungnya pulak, kanak-kanak pun kena rogol dan bunuh. Ini maknanya, tudung bukan lagi penyelamat la ustaz. Ha..macam mana ustaz nak jawab tu ?”. Hujah balas yang selalu saya dengar bila isu ini ditimbulkan
DON’T JUDGE A BOOK BY ITS COVER
Ungkapan ini kerap saya dengari, saya yakin anda juga mungkin kerap mendengarnya. Kata-kata dari wanita yang tidak menutup aurat yang sering mendakwa bahawa hatinya baik dan suci walaupun ia berpakaian seksi serta mendedahkan aurat.“Orang wanita bertudung pun banyak yang jahat hari ini, berzina, khalwat dan macam-macam lagi” Katanya memberi buah fikirannya.
“Malah, kami juga baik, kami tak kacau orang, tak mengumpat dan buat benda-benda tak elok” tambah wanita ini lagi.
Benarkah hujjah mereka?. Benarkah penampilan luaran tidak terpakai di dalam Islam ?. Ada juga yang sudah semakin -advance- hujahnya lantas berhujjah dengan sebuah maksud hadith Nabi yang sohih iaitu :
“Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh, rupa luaran dan harta kamu, tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu” (Riwayat Muslim)
waspada lidah
Lisan, bentuknya memang relatif kecil bila dibandingkan dengan anggota tubuh yang lain, namun ternyata memiliki peranan yang sangat besar bagi kehidupan manusia. Celaka dan bahagia ternyata tak lepas dari bagaimana manusia menggunakan lidahnya. Bila lidah tak terkendali, dibiarkan berucap sekehendaknya, alamat kesengsaraan akan segera menjelang. Sebaliknya bila ia terkelola dengan baik , hemat dalam berkata, dan memilih perkataan yang baik-baik, maka sebuah alamat akan datangnya banyak kebaikan..
Di saat kita hendak berkata-kata, tentunya kita harus berpikir untuk memilihkan hal-hal yang baik untuk lidah kita. Bila sulit mendapat kata yang indah dan tepat maka ahsan (lebih baik) diam. Inilah realisasi dari sabda Rasulullah sholallohu alaihi wasalam “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir maka hendaknya ia berkata yang baik atau diam” ( HR Muslim )
Di samping itu kita pun harus paham betul manakah tempat kejelekan sehingga lidah kita tidak keliru memijaknya. Kita harus tahu apakah sebuah hal termasuk dalam bagian dosa bagi lidah kita atau tidak? Bila kita telah tahu , tentunya kita bersegera untuk meninggalkannya.
Diantara medan-medan dosa bagi lidah kita antara lain..
GhibahGhibah bila didefinisikan maka seperti yang diungkapkan oleh Rasulullah sholallohu alaihi wasalam: “Engkau menyebutkan tentang saudaramu, dengan apa-apa yang dia benci” terus bagaimana jika yang kita bicarakan tersebut memang benar-benar ada pada saudara kita? “Jika memang ada padanya apa yang engkau katakan maka engkau telah meng-ghibahinya, dan bila tidak ada padanya maka engkau telah berdusta” (HR. Muslim)
Di dalam Al quran , Allah Ta’ala menggambarkan orang yang meng-ghibahi saudaranya seperti orang yang memakan bangkai saudaranya: “Janganlah kalian saling memata-matai dan jangan mengghibahi antara satu dengan yang lain, sukakah kalian memakan daging saudaranya tentu kalian akan benci” ( Al Hujurat 12)Tentu sangat menjijikkan makan daging bangkai , semakin menjijkkan lagi apabila yang dimakan adalah daging bangkai manusia , apalagi saudara kita sendiri. Demikianlah ghibah, ia pun sangat menjijkkan sehingga sudah sepantasnya untuk dijauhi dan dan ditinggalkan.Lebih ngeri bila berbicara tentang ghibah, apabila kita mengetahui balasan yang akan diterima pelakunya. Seperti dikisahkan oleh Rasulullah sholallohu alaihi wasalam di malam mi’rajnya. Beliau menyaksikan suatu kaum yang berkuku tembaga mencakar wajah dan dada mereka sendiri. Rasul pun bertanya tentang keberadaan mereka, maka dijawab bahwa mereka lah orang-orang yang ghibah melanggar kehormatan orang lain.
- Namimah
Kalau diartikan ia bermakna memindahkan perkataan dari satu kaum kepada kaum yang lain untuk merusak keduanya. Ringkasnya “adu domba”. Sehingga Allah mengkisahkan tentang mereka dalam Al-Qur’an. Mereka yang berjalan dengan namimah , menghasut, dan mengumpat. Di sekitar kita orang yang punya profesion sebagai tukang namimah sangat banyak bergentayangan, dan lebih sering di kenal sebagai provokator-kejelekan. Namimah bukan hal yang kecil , bahkan para ulama mengkatagorikannya di dalam dosa besar . Ancaman Rasulullah bagi tukang namimah ” tidak akan masuk surga orang yang mengadu domba” (HR Bukhari)Akibat ghibah ini sangat besar sekali, dengannya terkoyak persahabatan saudara karib dan melepaskan ikatan yang telah dikokohkan oleh Allah. Ia pun mengakibatkan kerusakan di muka bumi serta menimbulkan permusuhan dan kebencian.
- Dusta
Dusta adalah menyelisihi kenyataan atau realiti. Dusta bukanlah akhlaq orang yang beriman, bahkan ia melekat pada kepribadian orang munafiq “Tiga ciri orang munafik, apabila berkata berdusta, apabila berjanji mengingkari dan apabila dipercaya berkhianat” (HR Bukhari dan Muslim)Padahal orang munafik balasannya sangat mengerikan “di bawah kerak api neraka” Dusta pun mengantarkan pelakunya kepada kejelekan “Sungguh kedustaan menunjukkan kepada kejelekan dan kejelekan mengantarkan kepada neraka