Selasa, 10 Jun 2008
~Kalau Tuhan Dikenali~
Kalau tuhan,kita kenali,kasih syg dan perananNya,
Kalau tuhan kita fahami,keagungan dan kekuasaanNya,
Kalo tguhan kita rasakan,betapa dia sangat cintakan hambaNya
Kita akan sanggup berjuang sggup mati kerana nya,kita akan sanggup bekorbn apa saja kerananya,
kalo tuhan dikenali
cintailah Tuhan ,dia adalah sghalanya,korbankanla ape sahaja kerananya,
cintakan Tuhan,cinta paling mahal,cintakan selain Tuhan cinta muarahan..
Kalau Tuhan kita knali,dialah sglanye2,kalo Tuhan kita fahami,
Dialah pengurus seluruh kepelruan kita,
Kalaulah kita faham,tuhan ini siapa sbnarnya,
Kita akan sggp mnerima ujian kranaya,
Kita sgup wat apa saja demi cinta padanya
Kalau Tuhan dikenali
Kita akan sanggup mnrima ujian keranaNya,kita akan sggp menderita krananya.
Kalau Tuhan dikenali...
Cintailah tuhan dia adalah sglanya,korbankan ape sahaja keranaNya,
Cintakan tuhan,cinta yg abadi,cintakan selain tuhan cinta murahan
Isnin, 9 Jun 2008
Epilog Rindu
Bila bunga-bunga kelayuan berguguran…
Bagaikan pelangi selepas hujan reda
Indah berseri mewarnai alam
Beburung berterbangan riang berkicauan
Tiada lagi mendung semalam
Damainya di hati bila terpandang wajahmu
Manis senyuman menghulurkan salam
Lembut tutur bicara tersusun bahasa
Hapus sudah titis airmata
Kenangkan suka dan duka yang dilalui bersama
Indahnya kenangan yang pernah tercipta
Hindarkan persengketaan, jernihkan kekeruhan
Bara amarahmu jangan dinyalakan
Kasih dan sayang membentuk titian rindu
Menghubungkan hati yang lama terpisah
Mengeratkan lagi ukhuwah
Yang lama telah terbina
Bahagia dalam maghfirahNya
Oh… indahnya jalinan kasih sayang
Tidak sempurna iman, tidak bernama insan
Andai permusuhan dibiar berterusan
Leburkan keegoan, hulurkan kemaafan
Semoga sentosa dalam keredhaan
Epilog:
Tinggal duri-duri yang mencalar melukakan…
Ahad, 8 Jun 2008
Hati..
Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu.Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera. Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki. Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.
Khamis, 22 Mei 2008
Sibuk ke?entahla...
Memang benar, jika dah sibuk dengan sesuatu kewajipan.. benar sekali sibuknya,tapi adakah benar2 sebuk?hurm..sejak keluar dari dewan peperiksaan yg lepas iaitu madah Al-Quran,hati ini terlalu gusar dengan memikirkan boleh lulus ke tidak,fikiran pula asyik melayang dan payah menumpukan pelajaran utk madah seterusnya,jawapannya..hadap notebook layanz karton hunter lagi sodap...~.hohooh~......tapi betol lah org kata,malah ibunda tercinta pon pernah nasihat ..kuar dewan peksa xyah pikir dah ttg ape yang dijawab tadi..yang pentingnya dah usaha, sekarang ni tawakal pada Allah..jika diingatkan je..satu haprak pon xjadik..terus tersedar dari lamunan...lantas ku capai kitab qalyubiwaumairah...tak mau pisang berbuah dua kali ba..rupanya Allah sedang menguji aku kuatkah aku untuk menghadapai ujianNya..
Tapi rindu kat Malaysia,rindu kat orang2 tersayang..tahun ni nak balik ke x ek?huhuhu..udah2..selasa depan madah qa'ah bahas..yok study,Akan ku gunakan sepenuh daya untuk tempuhinya..Mudahkan urusan ku YaAllah..jauhkan aku dari godaan syaitan laknatullah..!!!!!!
Khamis, 1 Mei 2008
imtihan qarib
Hari demi hari menanti tibanya hari peperiksaan,dan dalam masa itu juga bermacam2 kitab dapat ditelaah,dan bermcam2 ilmu baru juga diperolehi,..harapnye ilmu yang dapat dari ape yang dipelajari tu akan kekal supaya dapat digunakan dimasa depan kelak.,Bila ditenung balik,nampak sangat seperti belajar untuk periksa,tapi sebenarnya belajar untuk terus hidup dalam memperjuangkan agama Allah.cuma peperiksaan ni la yang sebenarnya nak menguji sejauh mana kita peroleh semasa fatrah belajar dulu...dan..diingati pada para pembaca,selagi kita belum masuk ke dalam dewan peperiksaan, selagi itulah kita berpeluang untuk menelaah pelajaran..
Moga Allah mudahkan urusan dan beri kejayaan pada kami dibumi anbiyak ni.dan ampun maaf diphon sekiranya ada terkasar bahasa,keterlanjuran berbicara.Doakan kami...!!
Jumaat, 11 April 2008
Cinta Sejati Laut Dan Langit
Dahulukala, langit dan laut saling jatuh cinta. Mereka saling
menyukai di antara satu sama lain. Oleh sebab sangat sukanya laut
terhadap langit, warna laut sama dengan warna langit. Oleh sebab
sangat sukanya langit terhadap laut, warna langit sama denga warna
laut.
Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan kata-
kata `Aku Cinta Padamu’ ke telinga langit. Setiap kali langit
mendengar bisikan penuh cinta laut terhadapnya, langit tidak
menjawab apa-apa , hanya tersipu-sipu malu dengan wajah kemerah-
merahan.
Suatu hari, datanglah awan. Melihat kecantikan si langit, awan terus
jatuh hati terhadap langit, bak cinta pandang pertama. Tetapi tentu
sahaja langit hanya setia mencintai laut. Setiap hari, langit hanya
mahu melihat laut sahaja. Awan berasa sedih tetapi ia tidak berputus
asa mencari cara dan akhirnya mendapat satu akal. Awan mengembangkan
dirinya seluas dan sebesar mungkin serta menyusup ke tengah-tengah
di antara langit dan laut. Ia berusaha menghalangi pandangan langit
dan laut terhadap satu sama lain.
Laut berasa marah kerana tidak dapat melihat langit. Laut
mengeluarkan gelombangnya bagi mengusir awan yang mengganggu
pandangannya. Tetapi tentu sekali usahanya tidak berhasil. Lalu
datanglah angin yang sejak dulu mengetahui hubungan cinta langit dan
laut. Angin berasakan perlu membantu langit dan laut menyingkirkan
awan yang mengganggu perhubungan mereka yang sekian lama terjalin.
Dengan tiupan keras dan kuat, angin meniup awan. Lantas terpecah-
pecahlah awan menjadi berselerak ke banyak bahagian, sehingga ia
tidak berupaya lagi melihat langit dengan jelas dan tidak mampu lagi
untuk mengungkapkan perasaannya terhadap langit. Kerana rasa
terseksa menanggung perasaan cinta yang menggunung tinggi terhadap
langit, awan menangis sedih.
dipisahkan. Kita juga dapat melihat di mana mereka menjalin kasih.
Setiap kali memandang ke hujung laut, di mana ada garisan horizon
yang menemukan langit dan laut, di situlah mereka sedang berpacaran
Hanye melepas busan!!heehe
Rabu, 19 Mac 2008
TUDUNG NIPIS,BAJU SINGKAT,BAJU KETAT
Terutama sekali bagi muslimat,
Kerana kelihatan dalam masyarakat,
Dibuangnya Islam, dijauhinya adat.
Yang kelihatan pada remaja,
Batas aurat tidak dikira,
Pakaian ditubuh tidak terjaga,
Tanpa malu, silu dan dosa.
Tudung nipis terbayang rambut,
Rambut terjulur kerana singkat,
Kepala dililit kepala kain diikat,
Jambul tertonjol terasa hebat.
Baju t-shirt menjadi kegemaran,
Nampak ketiak tiada lengan,
Bulu roma jelas kelihatan,
Parut dan tahi lalat bertebaran.
Baju sendat tertonjol dada,
Sepatutnya dilabuh berlaku tiada,
Lelaki melihat menempa dosa,
Menjadi fasiq mudah sahaja.
Seluar ketat menjadi pakaian,
Tiada beza lelaki perempuan,
Terutama jeans pudar jadi pilihan,
Sarung nangka pun boleh tahan.
Apa jadi dengan remaja,
Namanya Islam, iman tiada,
Perintah Tuhan buat bersahaja,
Larangan Allah buat selamba.
Allah murka Syaitan menang,
‘Perempuan berpakaian tapi bertelanjang’
Ada baju tak cukup benang,
Dihumban ke neraka sangatlah malang.
Saya hanya boleh menasihat,
Kepada remaja dan muslimat,
Ikut Islam akan selamat
Ikut syaitan akan dilaknat.
Selasa, 18 Mac 2008
Ramainya umat Islam?
عن ثوبان رضي الله عنه قال قال رسول الله صلي الله عليه والسلام :يوشك الامم ان تداعي عليكم كما تداعي الاكاله الي قصعتها ,فقال قائل :ومن قله يومئز كثير ولكنكم غثاْ كغثأ السيل وليزعن الله من صدور عدوكم المهابه منكم وليقدفن الله في قلوبكم الوهن فقال قا~ل : يا رسول الله وما الوهن ؟قال : حب الدنيا وكراهيه الموت .
Ertinya:
Daripada tsauban r.a berkata : Rasulullah s.a.w bersabda :Hampir tiba suatu masa dimana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang menggerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan menggerumuni talam hidangan mereka."Maka salah seorang sahabat bertanya,:Apakah dari kami sedikit pada hari itu?,"Nabi s.a.w menjawab,bahkan kamu pada hari itu banyak sekali,tetapi kamu umpama buih diwaktu banjir dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu dan Allah akan mempercampakkan kedalam hati kamu penyakit "wahan"Seorang sahabat bertanya apakah wahan itu hai Rasulullah?"Nabi kita menjawab ,"Cinta pada dunia dan takut pada mati"
Umat Islam pada harini telah menggambarkan apa yang disabdakan oleh Nabi kita ,Umat Islam walaupon sudah menjangkau kini bilangan yang tidak dapat dihitung iaitu lebih 1,000,000 juta (1/5 penduduk dunia)tetapi mereka selalu dipersendakan dan menjadi alat permainan bangsa-bangsa lain,lihatlah apa yang telah terjadi di Iraq ,dan negara-negara islam yang ditindas ditanah air sendiri dan Palestin hingga kini yang masih merangkak mencari jalan penyelesaian.Mereka dibunuh dinjak-injak,disakiti dan sebagainya.Dimanakah kekuatan Umat Islam yang dahulunya berkobar-kobar melawan bangsa kafir durjana?dan dimanakah mereka yang ramai tuh?
Sekali lagi ana ingin bertanya,dimanakah mereka?adakah mereka sudah menjadi buih?? apekah itu buih?buih adalah apa yang dimaksudkan dari sabda nabi s.a.w ,memang ramai sungguh umat islam zaman sekarang,tetapi yang ada benar-benar ada cahaya iman dalam hatinya hanya segelintir dan selebihnya kebanyakan islam pada nama,mengapa semua ni berlaku,sudah juga dijelaskan dalam sabda Nabi tadi,kerana Allah telah mencampakkan satu jenis penyakit dalam hati umat islam iaiitu penyakit wahan atau hubbu dunia wa karahiahmaut yakni cinta dunia dan takut mati.
Sebenarnya,segala kekalahan kaum muslimin adalah berpunca dari dalam diri kaum muslimin itu sendiri,iaitu penyakit wahan yang merupakan penyakit campuran dari dua unsur yang selalu wujud dalam bentuk kembar dua iaitu cinta dunia dan takut mati.Penyakit cinta dunia bermaksud tamak,rakus,bakhil dan tidak mahu mendermakan harta dijalan Allah.Faham kan maksudnya?
Penyakit takut mati pulai bermakna leka dengan kehidupan dunia dan tidak membuat sebarang persiapan untuk ke negara yang abadi.Malah kita tidak tahu di negara mana kita akan tinggal?adakah negara yang aman sentosa dan penoh dengan kesejahteraan atau negara yang kacau bilau yang penuh dengan penderitaan.tidak mahu kah kita bersedia mengahadapi sebarang kemungkinan kelak?
Bangkitlah wahai umat Islam!!jadiklah org yang ada cahaya iman dalam hatinya,dan bukan antara yang menjadi buih!!
Rabu, 20 Februari 2008
Alhamdulillah
Melihat manusia berbangga dengan manusia,
Makhluk yang lemah dijadikan Allah.
Manusia yang paling hebat Rasullulah s.a.w.
Baginda ke langit dalam semalaman
Baginda melihat penghuni Syurga
Baginda melihat azabnya Neraka
Baginda memegang kuncinya Syurga
Hari ini..
Manusia baru ke angkasa
dengan bantuan manusia..
dengan kelengkapan siapan manusia
dengan sumbangan kesusahan manusia
dengan keringat rakyat jelata
berbangga dengan satu manusia
yang hidup matinya di tangan yang Esa
Bangganya Aku..
Punya nabi yang diMikrajkan
Punya nabi yang aku banggakan”
Khamis, 14 Februari 2008
Hari Kekasih?
Hari Valentine iaitu 14 februari xda maknanya bg kita umat islam, pada 14 februari ini lah kita nak memperingatkan pada kawan-kawan yang telah alpa tentang hukum menyambut Hari Kekasih,Pernah juga dulu ana menyambutnya,tp dulu lah,tak tahu sangat pasal benda-benda nih(..hehe..)Sebagai mujahdin islam,perlulah kita tahu apakah perayaan yang berkaitan dengan agama kita,jangan nak sembarangan je sambut,boleh membabitkan akidah tu beb..hehe
Tidaklah salah untuk menyambut Hari Kekasih, tetapi untuk menyambutnya pula, tidak perlulah ditetapkan satu hari dalam setahun untuk meraikannya. Bahkan setiap hari itu boleh dijadikan Hari Meraikan Kekasih terutama bagi mereka yang sudah berkahwin.Bagi yang belom berkahwin pula hendaklah menanam kasih sayang yg subur terhadap pasangan dan menghargai pasangan asalkan mengikut syarak,dan kasih sayang kerana Allah.
Kita sebagai umat Islam telah pun diperingatkan di dalam Ummul Kitab kita, Al-Quran Al-Karim mengenai menyambut perayaan yang bukan berkaitan Islam.
Di sini ana ambil petikan daripada Buletin At-Taqwa yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor.dan ianya lebih jelas utk menghuraikan tentang hukum menyambut hari kekasih:
Oleh : Ustazah Norzila Bt. Mohd Nor (Bahagian Istinbat)
…budaya dan amalan meraikan Valentine’s Day adalah dilarang
sama sekali oleh agama Islam. Ini adalah kerana perayaan tersebut
mengandungi unsur-unsur ritual dan kepercayaan agama Kristian
serta amalannya yang bercampur baur dengan maksiat…
Pendahuluan
Perayaan Hari Kekasih atau Valentine’s Day mula membudayai di kalangan masyarakat kita khususnya generasi muda, sekitar akhir tahun 1980-an kesan dari budaya asing yang masuk melalui berbagai saluran media sama ada cetak mahupun elektronik. Perayaan ini dikenali sebagai perayaan hari berkasih sayang, yang menurut mereka adalah saat yang paling tepat untuk mengungkapkan perasaan cinta dan kasih sayang kepada orang yang dicintai atau dikasihi. Antara contoh-contoh sambutan yang diadakan adalah melalui program TV yang ditayangkan atas nama “Valentine’s Special”. Di samping itu, jika kita tinjau persiapan yang dilakukan oleh golongan yang meraikannya, didapati mereka sibuk memilih kad-kad ucapan Hari Kekasih, menempah cenderahati, jambangan bunga dan tempahan untuk makan malam bagi merayakan hari tersebut bersama pasangan masing-masing. Pihak hotel pula menawarkan pakej-pakej istimewa seumpama ‘Makan Malam Hari Kekasih’ atau Hidangan Makan Malam Romantik’ dan sebagainya yang mempunyai tujuan untuk menyambut Hari Kekasih. Namun, apa yang membimbangkan sejak kebelakangan ini ialah pesta perayaan Hari Kekasih dirayakan dengan pelbagai sambutan yang tidak bermoral seperti yang dilaporkan oleh media massa, mereka banyak menghabiskan malam perayaan tersebut dengan berpasang-pasangan serta bergaul bebas dan sebahagiannya diakhiri dengan pesta seks.
Sejarah Permulaan Valentine’s Day
Kebanyakan masyarakat khususnya generasi muda pada hari ini, hanya mengikut apa sahaja yang datang dari barat tanpa mahu mempersoalkan sama ada Valentine’s Day wajar disambut ataupun tidak. Sebenarnya,Valentine’s Day mempunyai hubungan yang rapat dengan sejarah, tradisi dan ajaran Kristian.
Terdapat tiga pendapat mengenai asal-usul Valentine’s Day :
i. Valentine’s Day bermula semasa pemerintahan empayar Rom iaitu dengan menetapkan 14 Februari sebagai hari cuti bagi orang Juno ratu kepada dewa-dewa dan dewi-dewi Rom. Hari berikutnya iaitu 15 Februari bermulanya Pesta Lupercalia iaitu perayaantradisi bagi masyarakat Rom di mana pada malam pesta tersebut, nama-nama gadis Rom ditulis di atas kertas dan dimasukkan ke dalam bekas. Setiap pemuda akan mencabut nama di dalam bekas itu dan nama yang terpilih akan menjadi pasangannya di sepanjang pesta berlangsung.
ii. Pendapat kedua menyatakan pada 14 Februari 270 Masihi, St.Valentine dibunuh kerana pertelingkahannya dengan Raja Romawi yang diperintah oleh Raja Claudius II (268-270M). Pada waktu itu Raja Claudius telah membatalkan semua perkahwinan dan pertunangan kerana Rom banyak terlibat di dalam peperangan. Menyedari hakikat itu, St. Valentine dan St. Marius telah mengahwinkan orang-orang Kristian dengan pasangan mereka secara rahsia. Akibat perbuatan tersebut, St.Valentine telah ditangkap dan diheret, yang akhirnya dihukum belantan sehingga mati serta dipenggal kepalanya pada 14 Februari dalam tahun 270 Masihi. Bagi memperingatinya sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka 14 Februari dijadikan sebagai hari memperingati kematian St.Valentine sebagai upacara keagamaan.
iii. Pendapat ketiga mengatakan Valentine’s Day diambil daripada nama seorang paderi yang paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu St.Valentine yang status kedudukannya adalah di tempat kedua tertinggi selepas Pope. Apabila St.Valentine menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan pasangannya dari pengamal protestan sewaktu kerajaan Sepanyol berjaya menumpaskan kerajaan Islam, timbul kegemparan rakyat Cordova kerana St.Valentine merupakan seorang Paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan, lebih-lebih lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin. Tindakan St.Valentine yang mengambil keputusan berkahwin dengan pasangannya itu telah menimbulkan rasa murka Ratu Isabella, lalu memenjarakannya buat sementara waktu. Ratu menetapkan 14 Februari sebagai Hari Kekasih untuk St. Valentine sendiri.
Hujjah dan Dalil
Islam sangat prihatin dan menghendaki supaya umatnya mempunyai identiti yang tersendiri dan berbeza dengan identiti umat yang lain. Kerana itu penghayatan akidah Islam, pelaksanaan ibadah, muamalah dan akhlak serta tradisi-tradisi yang ada pada umat Islam tidak boleh sama dan serupa dengan umat lain. Dalam erti kata lain umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan peribadatan agamanya dengan akidah dan peribadatan agama lain. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T. ;
Bermaksud:
“Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.”
(al-Kafirun ayat 1-6)
Demikian juga penampilan peribadi umat Islam tidak boleh sama dengan umat lain dalam hal-hal bersifat individu, misalnya dalam hal berpakaian, minuman, hiasan rumah, gaya hidup, penampilan dan sebagainya. Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan hadith Rasulullah S.A.W. bermaksud :
“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.”
( Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya, budaya dan amalan meraikan Valentine’s Day adalah dilarang sama sekali oleh agama Islam. Ini adalah kerana perayaan tersebut mengandungi unsur-unsur ritual dan kepercayaan agama Kristian serta amalannya yang bercampur baur dengan maksiat. Di dalam Islam, usaha untuk memupuk kasih sayang tidak semestinya dilakukan hanya pada hari tersebut sahaja kerana cinta merupakan satu proses yang berpanjangan dan berterusan sehingga seseorang menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 1/2006 pada 21 Februari 2006 telah memutuskan bahawa :
“Amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam”.
Selasa, 12 Februari 2008
aku da 21?
okla..dalama xwt post yg xda faedah mcm ni..hehe..Papepon kalo xsempat nk bg hadiah..hadiahkanla Al-fatihah xpon doa utk aku yer..moga dengan meningkatnya umur ku ini,maka meningkat la iman dan taqwa aku pada Rabbulizzati,,
Khamis, 17 Januari 2008
erm...
senyumanmu jd suara pling indah,
walau tawamu beku,
enggan bertamu lg di gegendangku.
Sunyi bersama berita bisu terhantar,
ktika diri perlu semangat membugar,
sepi kirimanmu,
kuterima dgn sgla resah redha.
Dan apabila kau noktahkan,
erti sorg rafik,
pd hati pnuh harapan,
sunyi pun seperti mbunuhku berkali2!
Rabu, 16 Januari 2008
Pentingnye membaca al-quran
Assalamualaikum dan salam sejahtera pada semua pembaca,kali ini saya ingin membawa sebuah cerita pendek tentang penting nya kita membudayakan amalan membaca kitab suci iaitu Al-Quran.
Warnailah kehidupan seharian dengan membaca al-quran kerana jiwa akan mati kerana tidak membacanya.Sengaja saya bawakan tajuk ini kerana sahabat saya telah alaminya,sudah lama dia tidak membaca Quran,apabila membaca kembali lidah kelu dan tergagap,baca bagaikan sedang mengeja,walau setiap kali menunaikan solat lima waktu dia membaca surah-surah pendek.Dan juga hatinya sentiasa gundah gulana dan masalah kecil dianggap besar.
Ayat2 Al-Quran adalah wahyu dari Allah untuk sekelian alam dan ianya begitu halus,jika diabaikan ianya akan tarik kembali.
Beringatlah jangan hanya pandai membaca tetapi cara hidup kita jelas menunjukkan yang kita bangkang apa yang kita sanjungi.Membaca sambil mengetahui maknanya adalah lebih baik kerana dapat menghayati dan terus boleh diikuti.Jalan bagi orang yang beriman adalah mengikut Al-Quran dan Sunnah.
Zaman sekarang sudah pon ada e-Al-Quran yang berbentuk digital yang boleh dimuat turun dalam telefon bimbit dan juga pc atau laptop.Jangan jadikan alasan susah untuk membawa kemana-mana kitab Quran lagi.
Jika ingin tahu orang yang selalu baca Quran tetapi tetap membuat kemungkaran adalah bacaanya tersangkut-sangkut.Awas!! jika anda pun begitu.
Jumaat, 11 Januari 2008
Salam Imtihan
Khamis, 3 Januari 2008
Paderi kristian mahu tukar nama Jesus kepada Allah
Assalamualaikum w.b.t.. semoga semuanya sihat2 dan bahagia selalu. Di sini saya ada mahu membawa satu perkhabaran yang mungkin dah ramai tahu. Dan ini bukannya untuk mencetuskan perbalahan dan seumpamanya. Tetapi kerana ianya adalah isu sensitif bagi umat Islam, maka semoga dengan ini kita akan sentiasa berjaga-jaga. Semoga kita semua tidak leka dengan arus perubahan duniawi yang hanya sementara ini.
Saya mendapat berita ini asalnya dari seorang sahabat. Dia memberitahu tentang ada berita dalam akhbar The Star, 28/12/2007 tentang paderi-paderi di gereja Malaysia, sedang membuat permohonan kepada mahkamah, agar meluluskan mereka untuk menukar nama Jesus kepada Allah. Astaghfirullah, berdiri bulu roma mendengarnya. Sungguh berita ini ada dalam akhbar the Star. Anda boleh membaca nya juga secara online dengan klik di sini.
Kandungan berita tersebut adalah seperti di bawah ini;
Catholic weekly seeks court order to use ‘Allah’
PETALING JAYA: The publisher of Herald - The Catholic Weekly has filed a writ of summons and statement of claim in the Kuala Lumpur High Court to seek appropriate declarations of the use of “Allah”.
The weekly’s editor Reverend Father Lawrence Andrew said the writ and statement were filed on Dec 5.
In a statement released yesterday, it said the Internal Security Ministry had issued a series of directives to the publisher to cease the use of the “Allah” in the weekly, failing which its permit would either be suspended or revoked.
“We are of the view that we have the right to use the word Allah, which right is now sought to be curtailed.
“We have decided to have our legal position to use the word to be determined by the courts,” the statement said.
The 13-year-old paper, which carries reports about the Catholic community in English, Malay, Tamil and Chinese, has a circulation of 12,000 among members.
The permit will expire on Dec 31.
Jika sekiranya mahkamah meluluskan permohonan tersebut , maka besar kemungkinan akan berlaku keadaan yang semakin menghuru-harakan keadaan di Malaysia ini. Kekeliruan akan semakin banyak kerana nanti umat Islam akan keliru dengan penggunaan nama Allah, sedangkan maksud orang-orang Kristian itu adalah Jesus, na’uzubillah.
Kepada penganut-penganut agama Kristian, diharap tidak memandang tulisan ini sebagai cubaan untuk mencari perbalahan. Tetapi sememangnya kita mesti saling faham-memahami antara satu sama lain. Dan cara menyebarkan agama dengan taktik kotor adalah selayaknya tidak rasional (sama macam mubaligh-mubaligh Kristian memberi minum ‘Holy water’ yang boleh menyebabkan gelapnya hati kita - kaedah ini lebih kurang sama dengan ilmu sihir) na’uzubillah. Di dalam Islam tiada paksaan untuk beragama, dan ini telah ditegaskan dalam Al Quran. “Bagimu agamamu dan bagiku agamaku”. Cuma umat Islam disuruh menyampaikan ajaran Islam. Bertujuan untuk kembali kepada yang hak, dan mengakui bahawa Tiada Tuhan Yang layak disembah melainkan Allah. Dan Allah tiada sekutu baginya, tidak beranak dan diperanakkan. Dia adalah Yang Maha Esa, hanya satu-satunya Tuhan yang mencipta segala makhluk.
Dia tidak sama seperti makhluk, seperti manusia yang beranak pinak. Sifat mempunyai anak ini adalah sifat yang lemah. Dan sifat itu tidak layak di berikan kepada Tuhan. Kerana Dia adalah Yang Maha Berkuasa dan tiada satu apa pun yang sama denganNya. Tidak seperti yang digambar-gambarkan oleh manusia yang Tuhan berupa seperti manusia dan sebagainya (syaitan sememangnya pandai memberi imaginasi pada manusia agar memikirkan tentang rupa Tuhan). Sebab itu dalam Islam, kita amat dilarang memikirkan tentang bagaimana rupa Tuhan. Hanya di akhirat kelak, Allah akan menunjukkan rupanya bagi sesiapa yang dikehendakiNya. Dan itu adalah sebesar-besar nikmat kurniaanNya, masyaAllah.
Dan semoga orang-orang Kristian faham, bagi umat Islam, Allah adalah satu-satunya pencipta segala sesuatu, dan sekiranya nama Jesus di tukar kepada Allah, itu sudah seperti mahu mempersendakan pegangan umat Islam dan mengelirukan pemikiran anak-anak muda yang beragama Islam. Nama Allah yang Maha Suci itu tidak boleh disamakan dengan nama-nama makhluk. Jesus (Nabi Isa) hanya lah seorang nabi. Dia adalah seorang makhluk dan selama-lamanya akan menjadi makhluk. Makhluk tidak boleh menjadi pencipta sama dengan kerusi tidak boleh menjadi orang yang membuatnya.
Semoga umat Islam tidak bertindak terburu-buru dengan hal ini, tetapi perlu berwaspada kerana terlalu ramai musuh Islam yang mencemburui agama yang benar dan aman ini. Semoga kita semua mendapat hidayah, mendapat berkat dan rahmat dari Allah. Ya Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, kasihilah hamba-hambaMu ini. Peliharakanlah kami semua dari kemurkaan Mu ya Allah. Ampunilah segala dosa-dosa kami Ya Rahmaan. Amiin ya robbal ‘aalamiin. Wallahu a’lam.