Blogger Backgrounds

Pages

Jumaat, 25 September 2009

Raya ku biasa2 aja..

Untuk kali pertama aku rasa raya di Mesir kali ni best.xtawla knpa..sbb mmg best kot..perasaan je..
Bangun pagi2 dihari raya..eh salah..tak tido pon di malam raya..sebuk wat kek..nth ape2 kek aku wat nth..tp jdik jgk alhmdulillah..nk tgok gmbo?malu ah nk tnjuk..rasanye sedap tp luarannye kelakar..haha..xreti aku nk wat topping2 cntik..nt masuk mulut hancur jgk..:-b

Da siap2 pakai baju raya..terus g tahan teksi,konon2 nk g solat raya di Arma..ade makan satey..tp sorg member ni confius nk g ke x..so..terus tukar arah jalan ke masjid musa..solat raya bersama pelajar2 malaysia yg lain..balik solat membuncitkan perut di rumah johor..minum je byak..xnk mkn byk2 tkt sakit perut.pastu terus balik umah tido..xdenye nk tggu tetamu datang,sbb tau raya pertama di mesir adalah tuk tidor..haha..
Raya kedua kami beraya di rumah Us.Hairol Nizam..umahnye nun jauh dihujung padang pasir.nyesal aku pakai baju kot..nk brgaya konon..tp da jdk mcm cacing dalam kepansan...kata member disitula tempat pengambaran filem ketika cinta bertasbih..haha..wat2 tau je tu..:-b jgn mare..
Raye ketiga aku beraya dirumah sendiri..ajak org datang.wat umh terbuka..tp trbuka pada org yg aku ajak je tu pon yg terlintas di otak...bajet kecik.hehe..ahli bait pon tggl sket..

Pada mulanya nk masak soto je..bersemangatla tanye tunang nk masak soto cmna..tye jgk pada mak..dah beli ayam..da beli barang2 utk masak soto..tp baru nk mula masak sup.baru perasan .rupanye xde rempah sup..bahan2 utk tumis pon xda..malam2 cmni maneda kedai bukak..lg2 tgh raya..mahu seminggu kedai tutup..tapi xpela..utk kli kedua aku masak rendang,sayur lodeh dan sambal kacang..alhamdulillah sumanye sedap2 dan habis dimakan,cuma setengah nasi empet aku lembik sgt2..takleh di mkn,jdik bubur..hehe..dan..maaf pada tetamu yg dtg lmbat..xdpt merasa rendang minang aku.:-b. len kali aku wat besar2an

Beberapa tetamu yg hadir


Bertakbir raya qobla
solat sunat raya aidilfitri..


Dalam kepenatan dan kengantukan dan kelepakkan..ptg nye pula kena g umh johor rabaah dan umah kl,,,ade la majlis makan2.sempat g umh jhor je,,tapi xbest sbb byk sgt merepek..huhu..yg best mkn kek je..:-b pada mulanya xmo pi. disebabkan ramai nk byar hutang voip..ku gagahkan diri yg smmngnye gagah ni pergi..

Jam 2 pagi kami ramai2 mnghantar sorg ahli bait ku ke mator pulang ke Malaysia..da xnk sambung belajar di Mesir lg dah.sedih juga sbb disiang hari kami beramai2 kumpul,suka2, mkn2 dan bual2..bile mlmnye pula die pergi..huhu.sampai2 je di mator xle masuk sbb kena beli tiket..tension tol..saje je org arab ni nk amik kesempatan..sblm ni masuk xpnh pon kena beli tiket..so tggu je kt luar dan lihat dari jauh Lokman masuk..dan tanpa kusangka die pergi tanpa bersalaman dengan kami..cover sedih la tu..huhu..ni suma salah org arab ! :-b

tu jela citer raya kali ni..


Sabtu, 19 September 2009

AllahuAkbar...

Bergemanya azan maghrib tdi,maka berakhirla Ramadhan yg di sayangi..tp xdengar pon azan magrib sbbnye kat dalam Hardee's..berbuka last puasa ngn kawan..Ya ALLAH sampaikan aku dibulan Ramadhan tahun depan dan seterusnya..amin..

Sepinya dimalam raya..nak balik Malaysia..!! ..xtaw nk wat pe mlm2 raya ni. bisingkan dgn bertkbir raya..da penat takbir, bukak lagu raya n takbir raya lak..saje nk carik suasana raya,walaupon xda...kalo tahun lepas masa kt Malaysia,malam2 mcamnila aku ngh ssebuk kemas rumah..pasang karpet,tukar langsir,tukar kosyen...isi kueh dalam bekas,tolong mak masak...sumanya aku wat..da mcm xde adik beradik lain je dalam umh tu..tp xpe..aku suka wat keje..razin=rajin...hehe

Tak sabar sok nak pakai baju raya..setahun skali je pakai..yelakan..baju ni pon 2tahun lepas pnya..tp mcm baru je lepas siap mak aku siap wat..hehe
.

Esok raya,,,

Cepatnye bulan ramdhan kali ni..rasa laju sangat..pejam celik2,da nk raya..ha..mula la nak rasa sedih..org nak raya gumbira...tapi aku sedih..eh bkn aku je..pelajar2 lain yg senasib aku pon....
kawan2 sebuk tanye ape persdiaan nak raya ni..nak jwab ape ek?yelakan..bknye beraya sakan mcm kat malaysia tuh..pi rumah terbuka kt umah2 negeri sudah..konyang perut chek..tapi ape pun,aku tetap menerima sape2 yg nak berkunjung kerumah...sbb aku rancang nak wat kek..bermacam2 jenis..ala sekali skala kan..tp,,rendang ,ketupap..lomang xdela...makan jela ape yg ada..iAllah kalo xda aral melintang..sila2...
sape2 yang lom abis khatam quran tu..cepat2la..arini last puasa..hehe

Sabtu, 5 September 2009

Solat Boleh Rawat Penyakit Kritikal


HASIL kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh.

Prof Dr Wan Abu Bakar bersama Dr Fatimah dan Ng Siew Chok dengan buku mengenai rahsia solat dari segi sains.


Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas - Aktiviti Otot

Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan.

Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan.

"Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh,"katanya.

Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh.

Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenal pasti otot yang aktif ketika solat.



Ng Siew Chok - Isyarat Otak

Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.

"Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang," katanya

Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.

"Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tamakninah,"katanya.

Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang.

Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak.

Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.



Dr Fatimah Ibrahim - Komposisi Tubuh

Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak.

Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah.

"Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain,� katanya.

Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.

Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik.

Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar bahawa Rasullullah bersabda: Sesungguhnya solat berjemaah adalah 27 kali ganda lebih afdal daripada solat bersendirian. (Riwayat Imam Malik, Bukhari dan Muslim).

"Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh.

"Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif,"katanya.

Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.

Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan.

Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.

Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat.

Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot.

Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan.

"Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat,"katanya.

Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut.

Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus.

"Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal,"katanya.

Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit

Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring.

"Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus," katanya.

Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung.

Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.-end-



p/s: kagum btol aku lpas tgok rncangn al-kuliyah yg berkenaan solat sains..hampir suma ape yg diatas ni dibincangkan ...

Rabu, 2 September 2009

Berbuka dengan manis2?



percubaan pertama wat kek coklat succes!!hehe
lpas siap rasa nak je terus telan..tapi sabar sbb puasa..klo aku taw nafsu xtrtahan2, wat da nk dkt2 buka..huhu..ni jela juadah berbuka puasa aku tdi.. tp xla mkn suma..:-b ni lom letak topping..da ltk lagi cedap..lyummy2!!tak leh ni makan selalu..manis..xelok utk kesihatan...
teringat tentang manis..teringat pula orang sll ckp,berbuka la dengan mknan2 yg manis2..,betol ke?tersenyum aku bile dengar nasihat suh brbuka ngn bnda yg manis,katanya ikut sunnah nabi...mari sama2 kita baca dan pahami hadith nabi ni..

Dari Anas bin Malik ia berkata : “Adalah Rasulullah berbuka dengan Rutab (kurma yang lembek) sebelum solat, jika tidak terdapat Rutab, maka beliau berbuka dengan Tamr (kurma kering), maka jika tidak ada kurma kering beliau meneguk air. (Hadits riwayat Ahmad dan Abu Dawud)

Nabi Muhammad Saw berkata : “Apabila berbuka salah sorg kamu, maka hendaklah berbuka dengan kurma. Andaikan kamu tidak memperolehnya, maka berbukalah dengan air, maka sesungguhnya air itu suci.

Rasul junjungan kita berbuka puasa dengan kurma...kalo takde kurma,beliau akan berbuka dengan air..samakah kurma dengan yang manis2?memang ternyata kurma adalah manis sperti rancangn program tv9 ustazah nurbahyah dan suaminya..."semanis kurma~"
akan tetapi..adalah tidak sama manisnye kurma dan yg manis2 tu..

ok.aku ringkaskan..kurma adalah karbohidrat kompleks dan merupakan buah yang bernutrisi sangat tinggi tapi berkalori rendah, iainya tidak menggemukkan,manakala gula yang terdapat dalam mkanan dan minuman yang manis2 itu adalah karbohidrat sederhana..dan bisa meroosakkan kesihatan,,,takkan sunnah nabi ada yang boleh membinasakan diri kita?
renung2kan dan selmat beramal...huhu

Rabu, 26 Ogos 2009

semalam pnye cite

Semalam,dari pas bertadarus diwaktu subuh..duk cangok depan laptop..best jgk,sbb da lama xtengok anime2 yg disayangi..xla rasa langha sgt,sbb anime yg aku tgok..ada teladan,pembeljaran,dan pengajaran..ookami to kounshinryou..pnh nonton?ceritanya berkisar seorang pedagang dan seekor serigala jadian,tp da jadik awek kiut cume ada telinga pnjang n berekor..masuk kota,keluar kota bersama kereta kudanya..byakla die citer ttg skill2 orang meniaga..nak kenal camne org tipu kita dalam niaga..gaya dalam cite ni wat aku teringat yg Nabi Muhammad nabi junjungan kta juga suka berniaga..org paling kaya adalah org yg berniaga..mmg hakikat kan....?

Ada juga hal2 yang mengena dengan agama kristian..biasala org yg buat cite2 karton ni bknye islam,dan selalu je nak berdakyah pada sape2 yg suka tgok anime,xpela,tgok jela jgn terikut2 sudah..tp best dalam cite ni,kristian dianggap lebih rendah dari khinzir...huhu..
Alhamdulillah..dapat juga aku mempertingkatkan bahasa inggeris aku dengan mnonton anime2 ni..
Yelakan..kat Azhar ni mane ada kelas yg series belajar b.i,penekanan lebih pada madah2 bahasa arab...peksa pon bdk2 melayu or pelajar2 wafidin susah nak dengar ada yg gagal..kalo paling teruk pon dapat makbul..

Setelah mengejangkan otot2 dan menyakitkan tengkok...bingkas aku bangun berwuduk dan solat zohor..peningla pulak rasa..buat tu xselesa,buat ni xselesa,ape yg xkena ni..rupanya2 blik aku bersepah..blik bujangla katakan..hehe..dah lama da ni xubah2 kondisi isi2 dalam blik ni..adalah dalam 2bulan..aku memang cepat bosan..
Td ali jengok blik aku..eh..berubah lagi ke?baru je tuko kan aritu?..xpela yg penting aku xmabuk n sakit mata..Dah siap menukar kondisi dalam blik ni..terpikir nak tukar warna cat di dinding..nak warna putih,,biar luas lagi mata aku memandang..tapi nanti2la..tunggu zakat kl masuk..lambat benar tahun ni masuk..huhu..
Pastu terpikir pulak nak beli cermin besar sperti dicadang oleh tunang..ada je aku ni memikir..tp suma mengempiskan poketku..cmnala duit xcepat abis..hehe

Di kedai cermin lak..terus je aku pilih cermin besar..murahla jgk dalam 20genih,itupon pas wat muka seposen n merayu takhfif kan harga...ramadhan karem ya ahmad...nasib baik yg jaga org muda..kalo pakcik tua yg jaga,asyik nak tipu duit aku je..

Petang nye pula ingat nak memasak tuk buka,ahli bait ajak lak g bazar di asyir.
xbest tol bazar ni..sket je org jual,xda pilihan nak beli ape..,nasi lemak n nasi ayam je ada..xbeli xmakanla aku..pastu trnmpak la plk sorg pakcik jual air soya..ada soya pandan,soya biasa dan soya durian..aku pon beli soya durian,wat2 rasa..dah beli juadah tuk ku nikmati buka nt, terus je aku cakap kat ahli bait .."sebulan sekali je kot aku datang bzar ni"..huhu.

Selasa, 25 Ogos 2009

puasa2..harini da keempat..

Salam Ramadhan pada sape2 yg masuk blog ni,sama ada sengaja atau xsengaja...moga antum suma dapat menjalani ibadah puasa dengan sebaiknya..jgn curik2 makan n minum ya..

Jangan juga tnggal tarawih ,dan dibulan puasa ni..adlah sbaiknya kita bertadarus al-quran...samada ngn kawan2 ataupon sendiri..yang pentng kamu baca..besar tau pahalanya kita baca al-quran//lagipon ia boleh menghidupkan hati kita yg telah mati,...die memberi chaya pada hati2 yg sedang dalam kegelapan..nak tau btpa pentngnye bca quran?baca entry lama aku ni
http://zinzam.blogspot.com/2008/01/pentingnye-membaca-al-quran.html
dan yg paling penting bole taqarrub diri kita dgn tuhan pencipta alam..
"duhai hati...berjanjila pada ramadhan...segala keampunan yg Allah tawarkan,jgn terlepas dari mendapatnya.."


Actually,aku ngh mlas nak updte blog nih..nak tunggu die update....nth bile nth..yelakan..bz ngn asigment..huhu(sian syg) ;-b

lagipon internet ni kadang2 xbtol,basem si penjaga cc yg aku isytirak cakap musykilah dari syarikat..aku xpueh ati jgk..aku da byar ckp2 tuk sbln,tp xdpat guna..so..tiap kali je trputus line,aku terus kol or miskol basem..padan muka die tension ngn aku..maafkn aku ye basem..asyan ramadhan..hehe..tut..tut(sbnarnye ringtone lgu raya..hehe)..tba2 die kol..maalisyh ya razin..kathir musykilah..dil wakti fi net?cara die ckp cm sbersalah sgt ngn aku..padahal aku paham msalahnye...just wat2 xfaham..haha..saje nk kena kn die..

..kla..papepon...Ramadan Karim...dan selmat menjalani ibadah puasa..

Sabtu, 22 Ogos 2009

sahur2

Bosan datang lg...tidak tahu apa yang inginku lakukan lagi..tangan pulak sudah gatal untuk menaip...Sebentar lagi waktu sahur..boleh je kalau nak sahur sekarang,tp lebih baik jika ikut sunnah iaitu dengan melewat2kan sahur..
Mataku kuyu sangat bagai sudah bertahun lama tidak tido.. tapi ku tahankan juga,jika tidak,confirm terlepas sahur,mengantok sangat walaupon seusai solat terawih td sudah pon tertido.. imsak lak awal kol 3.34 pagi..

i.
Mulai hari ni 1Ramadhan/22Ogos hinggalah 29Ramadhan/19Ogos 2009 kita umat islam akan merayakan ibadah puasa satu bulan penuh. Siap-siap bangun dini hari, menunda makan dan menjaga perbuatan..menahan nafsu yang seperti sudah mengambil alih tugas syaitan..beribadah bagai besok tiada lagi hari utk kita.. Moga-moga kebiasaan di bulan Ramadhan seterusnya bisa dilakukan di bulan-bulan berikutnya. Bangun tidur teratur, makan teratur, dan selalu berfikiran positif...

ii.
Tadi baru saja membeli sekotak kurma,roti dan air mineral untuk ku nikmati sahur nanti,suasana mlm disini meriah benar dgn bdk2 kecik maen bunga api dan mercun..kegelapan malam juga diwarnai oleh lampu lip lap yang berwarna warni...da mcm nk raya la plk..tapi itulah kebiasaan orang arab..depa sambut Ramadhan..kita lak org Malaysia smbut Syawal..

iii.
Ramadhan Karim.."Allahuakram"itulah kata-kata yang telah ku dengari sejak pagi tadi..tetapi akan kudengari hinggalah akhir Ramadhan nanti..even semasa orang arab bergadoh pon akan reda bila ada orang sekeliling melafazkan ramadhan karim dan sollu ala nabi,seperti petang tadi ada pertengkaran yang berlaku berdekatan dengan rumahku..memang membingitkan telinga,cakap bagai anak tekaknya boleh kita maen tarik2..tetapi bila seorang mama melafazkan ramadhan karim terus die diam n cakap slow2..hebat kan perkataan Ramadhan Karim ni?depa pon bersurai..

Jumaat, 21 Ogos 2009

nasyid pilihan bulan ini :-)

Puasa sok..


كلا ان الانسان ليطغى
Ketahuilah! Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas
أن رأه استغنى
karena dia melihat dirinya serba cukup..

Ramai pikir diri da perfect dari tertinggalnya ibadah2 seperti puasa..cube ingat smula,sudakah kita langsaikan hutang puasa yang kita tinggalkan tahun lepas?da sudah bayar fidyah?
Hutang Allah lebih berhak kita ganti..kalau hutang dengan manusia boleh kita bayar..kenapa liat benar nak byar hutang Allah?same2 la kita peringatkan diri kite masing2..

Besok 22 haribulan dah nak puasa Ramadhan ..rasa cepat sangat waktu berlalu..teringat tahun lepas aku berpuasa di tempat keje. di SOGO KL..berbuka pon kat kaunter cashier..huhu..just minum air kotak n kueh mueh yg disediakan..nak menjamah kueh mueh,tp malu2 n bengang sebab ada customer melayu yg xtaw hormat bulan ramdhan,dah tu xsabar2 lak nk byar dan ada yang masih beratur panjang..ada juga pasangan yg berpelukan semasa beratur..ish..tengah azan ni,bgla masa aku nk berbuka jap,itu pon nak kaco,bknnye aku xletak sign closed..ttba sorang amoi tegur aku.."you makanla dulu,nt I datang balik..." org cina pon reti hormat kita berbuka..xckup didikan agama dorg ni.((.nak kena ni...hehe))

Tapi tula..Ramadhan yg lepas aku xdapat ape2 sgt..xda ape yg aku dapat raih dibulan Ramadhan yg lepas..iAllah Ramadhan kali ni aku xkan lepaskan peluang2 yg dah tersedia ada..entah,Ramadhan kali ni hati aku rasa sayu sket..syahdu pon ade..huhu..
Moga Allah redhai hidupku..dan aku dapat berpuasa penuh sebulan seperti tahun2 yg lepas..

Malam ni jom tarawikh!!tahun ni xnak tggal tarawikhla..huhu..bole ke?biiznillah!!!Ya Allah berilah kami kesihatan dan kekuatan tuk beribadah di bulan Ramadhan ni...Ahlan ya Ramadhan!!Bulan penuh maghfirah...bulan penuh rahmat Allah..bulan keberkatan..Ahlan2!!
اللهم بلغنا رمضان

Isu Pengkid



Majlis Fatwa Kebangsaan hari ini memutuskan penampilan ‘pengkid’ iaitu perempuan yang menyerupai penampilan dari segi pakaian serta tingkah lakunya seperti lelaki adalah haram.
Pengerusinya,Prof Datuk Abdul Shukor Husin,pengkid atau juga digelar ‘tomboy’kini menjadi satu isu dan fenomena serius di kalangan anak gadis negara ini dan ia perlu ditangani segera supaya tidak terus berkembang hingga sukar diatasi.

Majlis Fatwa mendapati isu pengkid kini semakin ketara dan dari segi hukumnya,kita menyatakan ia haram dan berharap fenomena ini tidak berleluasa dan minta ibu bapa serta masyarakat melihat perkara dengan lebih lebih serius supaya ia tidak menular dalam masyarakat.

Malah yang lebih membimbangkan majlis fatwa ialah pengkid ini sudah melarat kepada perkara berkaitan seksual dengan meminati sesame sejenis,”katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali ke-83,di sini

p/s :
Moga cepatla lupus si pengkid2 ni..dan tiada seorang pon dari ahli kuarga kita,kawan2 kita terjebak..amin..kalo ada pon..kita sama2 tolong dia..jangan dibiarkan atau disisihkan..die perlukan sokongan dari kita..lagi pon perkara ni jelas dimata kita ada lah haram..tidak bole lelaki menyerupai wanita dan tidak boleh wanita mnyerupai lelaki,,,dan skng ni da sampai hubungan seksual antara wanita,ianya ternyata haram disisi syarak..

Seperti yg telah dinyatakan dengan jelas dalam al-quran ayat 5,6 dan 7 surah Mukminun:

والذين هم لفروجهم حافظون 5 الا على أزواجهم أو ما ملكت أيمانهم فأنهم غير ملومين 6 فمن ابتغى ورأ ذلك فأولك هم العادون 7

5.dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki[994]; 6.maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada terceIa.7.Barangsiapa mencari yang di balik itu[995] maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas

995:Maksudnya: zina, homoseksual, dan sebagainya

Rabu, 19 Ogos 2009

Pada Mu Selamanya..

Sejenak .. ku imbasi kembali
Erti pelayaran usiaku
Ke timur ke barat
Dunia akhirat
Segalanya .. Ohh

Di tengah hangatnya kejahilan
Membakar hangus keimanan
Dan aku hanyut
Tiada berpaut
Layu sudah pedoman diriku

Kini bersendiri
Ku meniti hari
Ke kanan ke kiri
Ku menilai kembali

Jalan ku lalui
Dosa yang telah pergi
Walau tanpa ku sedari
Air mata membasahi

Terasakan ... terbuka
Kunci pintu hatiku
Timbullah ketenangan di jiwa yang keliru
Terurai kekusutan
Membaralah cinta
Milik-Mu Yang Esa
Selamanya...

Pada-Mu selamanya .. oh...
Selamanya...

Ahad, 16 Ogos 2009

entah...


ngh bosan...brpa hari je lagi da nk puasa ramadhan..so..jom kte makan puas2!!huhu..
rindula nak makan mknan mlysia...trutama roti cnai..cyg..nt pos roti cnai skali ea?:-b
terliur x tgok gmbo sblah ni? nth tba2 nk mkn roti cnai..mcm mngidam lak..haha
tapi..bagi sape2 yg blom blom setle hutang puasa thn lpas.cpt2 ye..trutama wanita..laki pon ada jgk kan..

Rabu, 15 Julai 2009

Rejab lagi...

Sabda Nabi S.A.W. : Bulan Rejab Bulan ALLAH, Bulan Syaaban Bulanku, Dan Bulan Ramadan Bulan Umatku.

Hadith ni adalah hadith dhaif,tapi ada penjelasan dari Imam Baihaqi knpa bulan Rejab adalah bulan Allah,bulan Syaaban adalah bulan Nabi.
hurm..Bulan rejab penuh dengan rahsia yg Allah telah tetapkan padanya..ia adalah suatu momentom awal untuk persiapan kita menghadapi bulan Ramadhan nanti..
Bulan Syaaban pula adalah bulan yg mana Nabi memepertingkatkan amalan2 atau ibadah kepada Allah taala...eloklah kita mengkhatamkan Al-Quran 30 juz dengan tartil dan menambahkan zikrullah.
Saiful Islam pernah berkata,jika kita tidak amalkan zikir dengan konsisten,hati kita akan hilang nur yakni cahaya..dan Allah s.a.w juga telah berfirman dalm surah al-ra'du ayat 28
(الا بذكراللة تطمئن القلوب)

yakni dengan mngingati Allah hati kita akan tenang..cubalah kita amalkan dan jangan sesekali kita abaikan zikrullah..dengan kata mudah umpama jika ikan tidak menjumpai air,begitulah hati kita yg tidak dibasahi oleh zikrullah..

Imam Ahmad Hanbal pernah berkata dengan kata2 yg mengusik jiwa,kalau kamu ingin dekat dengan Allah iaitu, bercakap dengan Allah,byakkanlah solat,jika kamu ingin Allah bercakap dengan kamu byakkan baca Al-Quran,.dan Nabi pernah bersabda dalam mafhumnya,"kalau kamu ingin duduk disyurga bersamaku,banyakkanlah solat"
Solat fardhu sudah semestinya dan jika ditambah lagi dengan solat2 sunat,bertambah manis ibadah kita.. :-)

Marilah kita renungi dan amalkan isi kandungan sabda nabi ni..
mafhumnya:
1.............Jauhilah kamu dari benda2 haram,kamu akan dapat kelazatan dalam beribadah
2............Redha dengan apa yg kamu dapat,kamu adalah orang yg paling kaya
3............Buat baik kepada jiran,kamu akan dapat iman yg sebenar2 nya.
4...........Buat baik kepada org sebagaimana kamu suka org berbuat baik kepada kamu,kamu akan jadik org islam
5.........Jangan banyakkan ketawa,lagi2 dibulan pilihan yakni bulan rejab,syaaban dan ramadhan,kerana hati kta tidak akan dapat fokus beribadah kepada Allah.


3 Perkara yang bole menutup hati kita,...

1......Hati sentiasa sedih yakni asyik memikirkan musibah yang menimpa diri
2....Terlalu suka pujian dari orang,yakni,kalo orang puji baru nak jalankan kerja,kalo xpuji xjalankan kerja,
3.....Terlalu cintakan dunia..maka hati kita akan mati...

Begitula sedikit ilmu sy kongsikan untuk para pembaca...moga salah silap dperbetulkan..dan kita amalkan apa yang kita tahu..jangan jadik seperti pohon yag tidak berbuah..

Isnin, 6 Julai 2009

Bulan Rejab

Diantara hari-hari yang disunatkan untuk berpuasa dalam Islam adalah seperti berikut:

1. Puasa enam iaitu puasa yang dijalankan selama enam hari dalam bulan Syawal. Puasa ini dilakukan sehari selepas 1 Syawal sama ada secara berturut-turut atau tidak.
2. Puasa awal bulan Zulhijjah dari 1 haribulan hingga 8 haribulan Zulhijjah.
3. Puasa pada hari Arafah iaitu pada 9 haribulan Zulhijjah.
4. Puasa pada 9 haribulan Muharram.
5. Puasa pada Hari Asyura iaitu pada 10 haribulan Muharram.
6. Puasa dalam bulan Rejab mengikut kemampuan berpuasa.
7. Puasa dalam bulan Sya'ban kecuali pada hari syak iaitu 30 haribulan Sya'ban.
8. Puasa pada tiap-tiap hari isnin dan khamis.
9. Puasa tiga hari pada tiap-tiap hari bulan Qamariah.

Bulan rejab...

Adakah pahala puasa sunat Rejab adalah lebih baik dari hari-hari pada bulan yang lain? Bagaimana pula pada hari Isra' dan Mi'raj?
Hari Isra' dan Mi'raj tidak termasuk dalam puasa-puasa sunat tetapi oleh kerana pada hari tersebut berada dalam bulan Rejab, maka apabila berpuasa pada hari tersebut akan beroleh pahala puasa sunat Rejab.
Apabila kita meneliti kepelbagaian sumber yang ada di tangan ulama, didapati Rejab ada keistimewaannya tersendiri. Tidak hairanlah matan hadis “Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadan bulan umatku..” disokong oleh ulama muktabar

Kelebihan Bulan Rejab

1. Sabda Nabi S.A.W. : Hendaklah kamu memuliakan bulan rejab nescaya ALLAH muliakan kamu dgn seribu kemulian di hari Qiamat. (Al-Hadis)
2. Sabda Nabi S.A.W. : Bulan Rejab Bulan ALLAH, Bulan Syaaban Bulanku, Dan Bulan Ramadan Bulan Umatku. (al-Hadis)
3. Kemuliaan Rejab dgn mlm Israk Mikrajnya, Syaaban dgn mlm Nisfunya, dan Ramadhan dgn Lailatul-Qadarnya.
4. Mlm awl rejab mustajab doanya(dlm kitab Raudhoh Iman Nawawi)
5. Bagi siapa yg lemah dr berpuasa pd bln rejab hendaklah bersedekah tiap2 ari skurg sbiji roti.(al-Hadis)
6. Allah buka pintu langit sampai ke langit ke-7
7. Allah buka pintu syurga
8. Allah mudah mengampunkan dosa hamba-Nya

Amalan Bulan Rejab

1. berpuasa
2. smbhyg sunat mengirigi fardhu n ssudah fardhu
3. berdoa
4. bertasbih
5. sembhyg tahajjud
6. smbhyg sunat tasbih


*** Bramalah pd 27 rejab dgn bersungguh2.
Berpuasa pd siang n beramal yg lain

*** pd 27 rejab, bykkan bersedekah.

*** Pd mlmnya, berjaga mlm penuh dgn amalan.

banyak lagi kelebihan tentang bulan rejab..tapi dalam proses mencari dalam kitab2..so..sambng lg nt eah..wassalam..