Assalamualaikum w.b.t.. semoga semuanya sihat2 dan bahagia selalu. Di sini saya ada mahu membawa satu perkhabaran yang mungkin dah ramai tahu. Dan ini bukannya untuk mencetuskan perbalahan dan seumpamanya. Tetapi kerana ianya adalah isu sensitif bagi umat Islam, maka semoga dengan ini kita akan sentiasa berjaga-jaga. Semoga kita semua tidak leka dengan arus perubahan duniawi yang hanya sementara ini.
Saya mendapat berita ini asalnya dari seorang sahabat. Dia memberitahu tentang ada berita dalam akhbar The Star, 28/12/2007 tentang paderi-paderi di gereja Malaysia, sedang membuat permohonan kepada mahkamah, agar meluluskan mereka untuk menukar nama Jesus kepada Allah. Astaghfirullah, berdiri bulu roma mendengarnya. Sungguh berita ini ada dalam akhbar the Star. Anda boleh membaca nya juga secara online dengan klik di sini.
Kandungan berita tersebut adalah seperti di bawah ini;
Catholic weekly seeks court order to use ‘Allah’
PETALING JAYA: The publisher of Herald - The Catholic Weekly has filed a writ of summons and statement of claim in the Kuala Lumpur High Court to seek appropriate declarations of the use of “Allah”.
The weekly’s editor Reverend Father Lawrence Andrew said the writ and statement were filed on Dec 5.
In a statement released yesterday, it said the Internal Security Ministry had issued a series of directives to the publisher to cease the use of the “Allah” in the weekly, failing which its permit would either be suspended or revoked.
“We are of the view that we have the right to use the word Allah, which right is now sought to be curtailed.
“We have decided to have our legal position to use the word to be determined by the courts,” the statement said.
The 13-year-old paper, which carries reports about the Catholic community in English, Malay, Tamil and Chinese, has a circulation of 12,000 among members.
The permit will expire on Dec 31.
Jika sekiranya mahkamah meluluskan permohonan tersebut , maka besar kemungkinan akan berlaku keadaan yang semakin menghuru-harakan keadaan di Malaysia ini. Kekeliruan akan semakin banyak kerana nanti umat Islam akan keliru dengan penggunaan nama Allah, sedangkan maksud orang-orang Kristian itu adalah Jesus, na’uzubillah.
Kepada penganut-penganut agama Kristian, diharap tidak memandang tulisan ini sebagai cubaan untuk mencari perbalahan. Tetapi sememangnya kita mesti saling faham-memahami antara satu sama lain. Dan cara menyebarkan agama dengan taktik kotor adalah selayaknya tidak rasional (sama macam mubaligh-mubaligh Kristian memberi minum ‘Holy water’ yang boleh menyebabkan gelapnya hati kita - kaedah ini lebih kurang sama dengan ilmu sihir) na’uzubillah. Di dalam Islam tiada paksaan untuk beragama, dan ini telah ditegaskan dalam Al Quran. “Bagimu agamamu dan bagiku agamaku”. Cuma umat Islam disuruh menyampaikan ajaran Islam. Bertujuan untuk kembali kepada yang hak, dan mengakui bahawa Tiada Tuhan Yang layak disembah melainkan Allah. Dan Allah tiada sekutu baginya, tidak beranak dan diperanakkan. Dia adalah Yang Maha Esa, hanya satu-satunya Tuhan yang mencipta segala makhluk.
Dia tidak sama seperti makhluk, seperti manusia yang beranak pinak. Sifat mempunyai anak ini adalah sifat yang lemah. Dan sifat itu tidak layak di berikan kepada Tuhan. Kerana Dia adalah Yang Maha Berkuasa dan tiada satu apa pun yang sama denganNya. Tidak seperti yang digambar-gambarkan oleh manusia yang Tuhan berupa seperti manusia dan sebagainya (syaitan sememangnya pandai memberi imaginasi pada manusia agar memikirkan tentang rupa Tuhan). Sebab itu dalam Islam, kita amat dilarang memikirkan tentang bagaimana rupa Tuhan. Hanya di akhirat kelak, Allah akan menunjukkan rupanya bagi sesiapa yang dikehendakiNya. Dan itu adalah sebesar-besar nikmat kurniaanNya, masyaAllah.
Dan semoga orang-orang Kristian faham, bagi umat Islam, Allah adalah satu-satunya pencipta segala sesuatu, dan sekiranya nama Jesus di tukar kepada Allah, itu sudah seperti mahu mempersendakan pegangan umat Islam dan mengelirukan pemikiran anak-anak muda yang beragama Islam. Nama Allah yang Maha Suci itu tidak boleh disamakan dengan nama-nama makhluk. Jesus (Nabi Isa) hanya lah seorang nabi. Dia adalah seorang makhluk dan selama-lamanya akan menjadi makhluk. Makhluk tidak boleh menjadi pencipta sama dengan kerusi tidak boleh menjadi orang yang membuatnya.
Semoga umat Islam tidak bertindak terburu-buru dengan hal ini, tetapi perlu berwaspada kerana terlalu ramai musuh Islam yang mencemburui agama yang benar dan aman ini. Semoga kita semua mendapat hidayah, mendapat berkat dan rahmat dari Allah. Ya Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, kasihilah hamba-hambaMu ini. Peliharakanlah kami semua dari kemurkaan Mu ya Allah. Ampunilah segala dosa-dosa kami Ya Rahmaan. Amiin ya robbal ‘aalamiin. Wallahu a’lam.
1 komen:
aiyak.. terima kasih sebab share semua ni..
Catat Ulasan