Blogger Backgrounds

Pages

Khamis, 30 Ogos 2007

Kau Tetap Ada...

img_0211.JPG

Aku kehilangan bayangMU selama ini,
Walaupun memang KAU ada,
Menyiangi pagi yang masih gelap,
Dan menyejukkan kecerahan siang,
Aku lupa bahawa KAU ada di sini,
Selalu di sini mendampingiku,
Dalam duka-duka ciciran masa lalu,

KAU tahu aku tidak menghargaimu,
Tetapi KAUlah yang paling mengerti,
Kerana KAUlah MAHA mengerti,
Membisikkan semangat yang luar biasa,


KAU selalu ada di saat aku jatuh,
Ketika segalanya pergi,
KAU tetap di sini,
Mendampingiku,
Walau KAU tahu,
Aku tidak pernah cuba menghargai
Apatah lagi untuk menyintaimu.
Harap aku telah sedar

TentangMu

0 komen: