Blogger Backgrounds

Pages

Khamis, 30 Ogos 2007

Perempuan Zaman Sekarang

“Eleh, tetapi hari ini ramai juga wanita bertudung yang kena rogol, malah setengahnya kena bunuh dijerut dengan tudungnya pulak, kanak-kanak pun kena rogol dan bunuh. Ini maknanya, tudung bukan lagi penyelamat la ustaz. Ha..macam mana ustaz nak jawab tu ?”. Hujah balas yang selalu saya dengar bila isu ini ditimbulkan

DON’T JUDGE A BOOK BY ITS COVER

Ungkapan ini kerap saya dengari, saya yakin anda juga mungkin kerap mendengarnya. Kata-kata dari wanita yang tidak menutup aurat yang sering mendakwa bahawa hatinya baik dan suci walaupun ia berpakaian seksi serta mendedahkan aurat.“Orang wanita bertudung pun banyak yang jahat hari ini, berzina, khalwat dan macam-macam lagi” Katanya memberi buah fikirannya.

“Malah, kami juga baik, kami tak kacau orang, tak mengumpat dan buat benda-benda tak elok” tambah wanita ini lagi.

Benarkah hujjah mereka?. Benarkah penampilan luaran tidak terpakai di dalam Islam ?. Ada juga yang sudah semakin -advance- hujahnya lantas berhujjah dengan sebuah maksud hadith Nabi yang sohih iaitu :

“Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh, rupa luaran dan harta kamu, tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu” (Riwayat Muslim)

1 komen:

Tanpa Nama berkata...

alah...perempuan pakai tudung tapi pakai ketat2 tu yg kena rogol tu. yg x pakai tudung lagilah padam muka tunjuk atas tunjuk bawah tunjuk belakang semuanya nak tunjuk silap ari bulan sentuh pun boleh.kenapela boleh jadi cam nie??mmg sah kiamat dah nak dekat..